Tidak Sahih! Hadis Tsa'labah bin Abdur Rahman Yang Terlihat Aurat Perempuan Ansar

Note: Tsa'labah di dalam kisah ini adalah Tsa'labah bin Abdur Rahman. Beliau bukanlah Tsa'labah dalam kisah palsu tidak menunaikan Zakat. Tsa'labah dalam kisah berkenaan bernama Ts'labah bin Hatib al-Ansari.

Status Hadis Tsa'labah bin Abdur Rahman Yang Terlihat Aurat Perempuan Ansar

Terjemahan Oleh: zain-ys (al-ahkam.net)

Soalan: Sejauh mana kesahihan hadis berikut:

Tsa'labah bin Abdurrahman telah berkhidmat dengan Rasulullah s.a.w, dalam segenap perkara.  Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengutusnya untuk satu keperluan. Dalam perjalanannya dia melalui rumah sahabat Ansar lalu terlihat wanita Ansar sedang mandi. Kemudian timbul rasa takut akan turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w. mengenai perbuatannya itu.

Kemudian dia tidak kembali kepada Rasullah s.a.w. Dai pergi ke gunung yang berada di antara Mekah dan Madinah. Dia tinggal di situ lebih kurang hampir 40 hari lamanya.

Selepas itu, Jibril a.s. turun kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Wahai Muhamad, Tuhanmu menyampaikan salam untukmu. Sesungguhnya seorang lelaki sedang berada di gunung memohon perlindungan kepadaKu.

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar al-Khattab r.a. dan Salman al-Farisi r.a.: Kamu berdua pergilah membawa kepadaku Tsa'labah bin Abdurrahman.

Pergilah mereka berdua mencarinya dan bertemu dengan salah seorang seorang penggembala Madinah yang bernama Zufafah.

Umar bertanya kepadanya, “Apakah engkau tahu seorang pemuda di antara bukit ini yang bernama Tsa'labah?”

Penggembala itu menjawab: Barangkali maksudmu lelaki yang lari dari neraka jahanam?

Umar bertanya: Bagaimana engkau tahu dia lari dari neraka jahanam?

Jawabnya: Bila malam, dia keluar kepada kami dari bukit ini dengan meletakkan tangannya di atas kepala sambil berkata, “Mengapa tidak cabut saja nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti keputusan-Mu!”

Umar berkata: “Ya, dialah yang kami maksud,”

Kemudian mereka bertiga pergi bersama-sama. Bila Umar melihatnya lalu Umar menghampirinya dan mendekapnya.

Tsa’labah berkata, “Wahai Umar! Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku?”

Jawab Umar: “Aku tidak tahu, yg pasti semalam Baginda menyebut namamu dan mengutus aku dan Salman untuk mencarimu.”

Tsa’labah berkata, “Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap beliau melainkan Baginda dalam keadaan sembahyang”

Kemudian Umar dan Salman segera masuk ke saf sembahyang. Selepas memberi salam Baginda bersabda, “Wahai Umar! Wahai Salman! Bagaimana dengan Tsa’labah?”

Mereka menjawab, “Ini dia, wahai Rasulullah!”

Maka Rasulullah berdiri dan menggerak-gerakkan Tsa’labah yg membuatnya terjaga.

Rasulullah berkata kepadanya, “Apa yang membuatkanmu enghilang dariku?”

Tsa’labah menjawab, “Dosaku, ya Rasulullah!”

Baginda bersabda, “Bukankah telah aku ajarkan kepadamu satu ayat yang dapat menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan?”

Jawab Tsa'labah: “Benar, wahai Rasulullah.”

Rasulullah bersabda, “Katakan… Ya Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka.” (QS al-Baqarah: 201)

Tsa’labah berkata, “Dosaku wahai Rasulullah, sungguh sangat besar.”

Baginda s.a.w. bersabda, “Akan tetapi Kalamullah lebih besar.”

Kemudian Rasulullah memerintahkan Tsa’labah agar pulang ke rumahnya. Berlalulah masa selama lapan hari,  Salman datang menghadap Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Masihkah engkau mengingat Tsa’labah? Dia sekarang sedang sakit kuat.”

Maka Rasulullah datang menemuinya dan meletakkan kepala Tsa’labah di atas pangkuan Baginda. Akan tetapi Tsa’labah mengelakkan kepalanya dari pangkuan Baginda.

“Mengapa engkau singkirkan kepalamu dari pangkuanku?” tanya Rasulullah S.A.W

“Karena aku penuh dengan dosa.” Jawabnya

Baginda bertanya lagi, “Bagaimana yang engkau rasakan?”

Jawabnya: “Seperti dikerumuni semut pada tulang, daging, dan kulitku.”

Beliau bertanya, “Apa yang kau inginkan?”

“Keampunan Tuhanku”, jawabnya.

Maka turunlah Malaikat Jibril dan berkata, “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam untukmu dan berfirman kepadamu, `Kalaulah hamba-Ku ini menemui Aku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, niscaya Aku akan temui dia dengan ampunan sepenuh itu pula.’

Maka segera Rasulullah memaklumkan perkara itu kepada Tsa’labah. Mendengar berita itu, terpekiklah Tsa’labah dan meninggal dunia.

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan agar Tsa’labah segera dimandikan dan dikafankan.

Ketika telah selesai menyembahyangkannya, Rasulullah berjalan sambil berjingkit-jingkit. Setelah selesai dikebumikan, para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Kami lihat engkau berjalan sambil berjingkit-jingkit.”

Beliau lalu bersabda, “Demi Zat yang telah mengutus aku sebagai seorang nabi yang sebenarnya! Karena banyaknya malaikat yang turun menziarahi Tsa’labah.”

 

Jawab:

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam kitab al-Hilyah. Di dalam sanadnya terdapat Abu Bakar bin Mufid, Mansur bin Ammar dan syeikhnya al-Munkadir bin Muhamad al-Munkadir. Mereka semuanya adalah dha'if.

Manakala Abu Bakar, al-Zahabi berkata di dalam al-Mizan, dia dituduh berdusta. Komentar al-Sayuti pula, dia bukan hujah.

Mansur pula, menurut Ibnu Hajar di dalam Lisan al-Mizan, kata Ibnu Adi ia 'munkarul Hadis'. Dan Abu Hatim berkata dia tidak kuat.

Al-Munkadir, Ibnu Hibban memasukkannya ke dalam 'al-mujruhin'. Kata Ibnu Hajar di dalam al-Taqrib dan al-Zahabi di dalam al-Kasyif, dia lemah hadisnya. Kata al-Ijli di dalam Ma'rifat al-Tsiqaat, dia adalah dhaif.

Atas asas ini, hadis ini tidak sahih. Al-Sayuti di dalam al-La'ali al-Mashnu'ah menggolongkannya  ke dalam hadis palsu.

Sumber Fatwa: fatwa.islamweb.net

 


Teks asal fatwa:

السؤال:

ما صحة هذا الحديث: ثعلبة بن عبد الرحمن رضي الله عنه، يخدم النبي صلى الله عليه وسلم في جميع شؤونه وذات يوم بعثه رسول الله صلى الله عليه وسلم في حاجة له، فمر بباب رجل من الأنصار فرأى امرأة تغتسل وأطال النظر إليها، ثم بعد ذلك أخذته الرهبة وخاف أن ينزل الوحي على رسول الله صلى الله عليه وسلم بما صنع، فلم يعد إلى النبي ودخل جبالا بين مكة والمدينة، ومكث فيها قرابة أربعين يوماً، وبعد ذلك نزل جبريل على النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا محمد إن ربك يقرئك السلام ويقول لك:إن رجلاً من أمتك بين حفرة في الجبال متعوذ بي، فقال النبي صلى الله عليه وسلم لعمر بن الخطاب وسلمان الفارسي: انطلقا فأتياني بثعلبة بن عبد الرحمن فليس المقصود غيره فخرج الاثنان من أنقاب المدينة فلقيا راعيا من رعاة المدينة يقال له زفافة، فقال له عمر:هل لك علم بشاب بين هذه الجبال يقال له ثعلبة؟ فقال لعلك تريد الهارب من جهنم؟ فقال عمر: وما علمك أنه هارب من جهنم قال لأنه كان إذا جاء جوف الليل خرج علينا من بين هذه الجبال واضعا يده على أم رأسه وهو ينادي يا ليتك قبضت روحي في الأرواح، وجسدي في الأجساد.. ولم تجددني لفصل القضاء فقال عمر: إياه نريد، فانطلق بهما فلما رآه عمر غدا إليه واحتضنه فقال: يا عمر هل علم رسول الله صلى الله عليه وسلم بذنبي؟ قال لا علم لي إلا أنه ذكرك بالأمس فأرسلني أنا وسلمان في طلبك، قال يا عمر لا تدخلني عليه إلا وهو في الصلاة فابتدر عمر وسلمان الصف في الصلاة فلما سلم النبي عليه الصلاة والسلام قال يا عمر يا سلمان ماذا فعل ثعلبة؟ قال: هو ذا يا رسول الله فقام الرسول صلى الله عليه وسلم فحركه وانتبه فقال له الرسول صلى الله عليه وسلم : ما غيبك عني يا ثعلبة ؟

قال ذنبي يا رسول الله قال أفلا أدلك على آية تمحو الذنوب والخطايا؟ قال بلى يا رسول الله، قال: قل

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، قال: ذنبي أعظم، قال الرسول صلى الله عليه وسلم: بل كلام الله أعظم، ثم أمره بالانصراف إلى منزله فمر من ثعلبة ثمانية أيام ثم أن سلمان أتى رسول الله فقال: يا رسول الله هل لك في ثعلبة فانه لما به قد هلك؟ فقال رسول الله: فقوموا بنا إليه ودخل عليه الرسول صلى الله عليه وسلم فوضع رأس ثعلبة في حجره لكن سرعان ما أزال ثعلبة رأسه من على حجر النبي

فقال الرسول صلى الله عليه وسلم له: لم أزلت رأسك عن حجري؟ فقال لأنه ملآن بالذنوب، قال رسول الله ما تشتكي؟ قال : مثل دبيب النمل بين عظمي ولحمي وجلدي، قال الرسول الكريم: ما تشتهي؟ قال مغفرة ربي فنزل جبريل عليه السلام فقال: يا محمد إن ربك يقرئك السلام ويقول لك لو أن عبدي هذا لقيني بقراب الأرض خطايا لقيته بقرابها مغفرة، فأعلمه النبي بذلك فصاح صيحة بعدها مات على أثرها فأمر النبي بغسله وكفنه، فلما صلى عليه الرسول عليه الصلاة والسلام جعل يمشي على أطراف أنامله، فلما انتهى الدفن قيل لرسول الله صلى الله عليه وسلم، يا رسول الله رأيناك تمشي على أطراف أناملك قال الرسول صلى الله عليه وسلم 

 

الإجابــة:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعـد:

فإن هذا الحديث رواه أبو نعيم في الحلية وفي سنده أبو بكر بن المفيد ومنصور بن عمار وشيخه المنكدر بن محمد بن المنكدر وهم ضعفاء.

فأما أبو بكر فقال فيه الذهبي في الميزان متهم، وقال فيه السيوطي ليس بحجة، وأما منصور فقال ابن حجر في لسان الميزان عند الحديث عنه قال ابن عدي منكر الحديث، وقال أبو حاتم ليس بالقوي.

وأما المنكدر فقد عده ابن حبان في المجروحين، وقال ابن حجر في التقريب والذهبي في الكاشف إنه لين الحديث، وقال العجلي في معرفة الثقات إنه ضعيف، وبناء عليه فإن الحديث غير صحيح، وقد ذكره السيوطي في اللآلئ المصنوعة في الأحاديث الموضوعة وعده في الموضوعات.

والله أعلم.