SJ-11-0263 : Kadar Zakat Emas

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0263 : Kadar Zakat Emas

Mengapakah terdapat perbezaan kadar kiraan zakat emas di antara negeri-negeri di Malaysia...Mengapa ianyanya tidak diselaraskan?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Kadar Zakat Emas

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Persoalan ini elok ditujukan kepada pihak yang berwajib, iaitu Pusat Zakat.

Malahan isu ini bukan sahaja berkisar pada zakat emas sahaja, malah semua jenis zakat mempunyai kadar yang ditentukan oleh Pejabat Mufti sesebuah Negeri, dan tidak sama kadarnya. Contohnya zakat fitrah, ia bergantung kepada paras harga beras sesebuah negeri. Harga beras akan berubah dari masa ke semasa, dan ini bukanlah dibawah kawalan Pusat Zakat atau Pejabat Mufti. Berdasarkan pada harga pasaran setempat, Pejabat Mufti akan menentukan kadarnya. Begitulah keadaannya dengan nilai dan harga emas.

Mengenai persoalan, mengapa tidak diselaraskan, pihak berkuasa ada mempunyai perancangan untuk menyeragamkan isu-isu kadar zakat. Contohnya soal jawab didalam FAQ di laman web PPZ MAIWP, dibawah ruangan soalan UMUM ada menyebut :-

Quote:
Mengapa kadar nisab setiap negeri berbeza-beza?

Kadar nisab PPZ-MAIWP bagi tahun 2007 adalah RM 6,200 dan bukannya RM 4,600. (Sila rujuk laman web PPZ-MAIWP). Walaubagaimanapun usaha-usaha untuk penyeragaman diperingkat kebangsaan sedang diusahakan.

Sumber : http://zakat.com.my/faq

Sekian, wassalam

خيرالأمين