SJ-13-0580 Video Dunia Akhir Zaman(Satu Pembongkaran Besar?)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0580 Video Dunia Akhir Zaman(Satu Pembongkaran Besar?)

:salam

Br2 ini sy ada menerima video di facebook..video ini ttg satu pembongkaran dunia akhir zaman..agak terkejut besar jg sy..walaupun setengah maklumat dari sumber lain dlm video ni yg sy telah tau..tetapi sy masih ragu2 akan kesahihan maklumat dlm video ini..apabila video ini menyatakan saddam hussein dan presiden palestin yasser arafat merupakan agen freemason berdasarkan gmbar tokoh2 ini membuat simbol tangan freemason..seperti yg kita ketahui tokoh2 ini telah dibunuh dan syahid..masakan freemason membunuh agen mereka sndiri..

Oleh itu sy minta jasa baik panel al-ahkam yg mahir ttg ilmu al-Quran dan hadis serta hal ehwal dunia zaman utk menilai dalil2 al-Quran dan hadis serta fakta yg digunakan dlm video ini adakah benar dan sahih..? Sy amat berharap pihak al-ahkam dpt membantu kerana video ini telah tersebar luas di facebook dan internet..bimbang sekiranya umat Islam Malaysia disesatkan dan dikelirukan jika maklumat dlm video ini adalah salah..apa yg sy bimbangkan jika sekiranya video ini merupakan cara halus agen freemason mengelirukan umat Islam dgn menggunakan Islam juga..harap pihak al-ahkam dpt membantu..sy sedia menunggu jawapan dari pihak al-ahkam..

Maaf,sy terlupa masukkan link nye..
http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/dunia-akhir-zaman.html

Maaf sekali lagi,sy terlepas pandang..video ini ada dibahaskan oleh saudara mohd syamirulah rahim..juga members yg aktif di web iluvislam..
http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman

Alhamdulillah, di sini ada penerangan lengkap oleh Harun Yahya
http://www.scribd.com/doc/28550834/Zaman-Batu-satu-Pembohongan-Sejarah-Harun-Yahya

Walau apa pun sy minta pandangan dari panel al-ahkam yg arif..

Re: Video Dunia Akhir Zaman(Satu Pembongkaran Besar?)

:salam

Ringkasnya dari kami : Apa yang penting ialah saudara mendapatkan hadis2 atau dalil2 yang menceritakan tentang kisah atau fitnah akhir zaman daripada sumbernya yang sahih., iaiatu samada dari Al-Quran , As-Sunnah dan Ijmak Ulama.

Video atau apa sahaja maklumat yang diperolehi daripada internet smada melalui email , Facebook , twitter dan sebagainya , tidak boleh lah dipercayai 100%.Ramai manusia boleh mereka cipta , mengarang , menulis , meng'edit ' atau apa sahaja bahan untuk di muat naikkan melalui internet dengan tujuan yang berbagai2.Maka kita tidak boleh menerima pakai segala maklumat yang diperolehi tanpa mengambil kira kesahihan fakta tersebut.

Mudah-mudahan kita semua terselamat daripada ancaman dan fitnah akhir zaman.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com