SJ-11-0261 : Zakat Pendapatan...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0261 : Zakat Pendapatan...

Assalamualaikum ustz...

soalan : saya baru shj bekerja (cukup setahun) dgn gaji tahunan RM50,000...saya cuba melihat kalkulator zakat pendapatan yg disediakan oleh bbrp web zakat utk mengira zakat pndptn saya. Ada kemusykilan :
pada kalkulators zakat ini ditetapkan "Perbelanjaan Yang Dibenarkan Ditolak (setahun)" untuk diri ialah RM8000, ada kalkulator zakat lain RM9000.

Soalan saya mengapa perbelanjaan utk diri selama setahun ialah RM8000, sedangkan kos hidup wajib saya setahun sebenarnya RM35,000?
apabila saya mengisi kalkulator zakat dgn RM35,000 (perbelanjaan wajib setahun) maka hasilnya saya tidak wajib zakat pendapatan!

Ustz,Adakah saya dikira mampu(wajib zakat pndptn) atau tidak? ::roll:

minta sepatah dua penerangan dari ustz....syukran

Re: Zakat Pendapatan...

:salam

Mengenai dengan zakat pendapat , kami menyarankan agar saudara berkunjung ke mana-mana pusat pungutan zakat untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas dan terperinci.Ini termasuklah samada saudara di kenakan zakat atau pun tidak berdasarkan kiraan yang akan dibuat oleh 'Amil bertugas.

Untuk pengetahuan saudara , kalkulator zakat yang berada di laman2 web tersebut , tidak boleh diterima pakai 100 %. Ini kerana pernah berlaku kes yang serupa iaitu apabila dikira dengan kalkulator tersebut ia tidak di wajibkan zakat.Tetapi atas dasar tidak berpuas hati kerana pendapatanya melebihi jumlah tanggungan sedia ada maka ia telah merujuk kepada pusat zakat terdekat dan hasilnya , ia memang diwajibkan zakat.

So , nasihat kami , berkunjunglah ke pusat zakat terdekat.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com