SJ-07-0209 : Maksud Ayat Amalan Dari Seorang Ulama?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0209 : Maksud Ayat Amalan Dari Seorang Ulama?

:salam

Saya ada menerima amalan dari seorang ulama ini..ayatnya berbunyi begini:

ya ila hana
wa ila hakulli syaiin
ila wa illa wahurban
la ila ha illa anta

pd ayat wahurban tu sy kurang jelas..tp begitulah lebih kurang bunyinya..saya ingin tau apa maksud keseluruhan ayat ini..boleh panel al-ahkam jelaskan..?Syukran..

Re: SJ-07-0209 : Maksud Ayat Amalan Dari Seorang Ulama?

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Bacaan tersebut adalah seperti berikut sebagaimana yang dicatat oleh Imam al-Tabari yang diriwayatkan oleh al-Zuhri :-

يَا إِلَهنَا وَإِلَه كُلّ شَيْء إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَه إِلَّا أَنْتَ
“Wahai Tuhan Kami, Tuhan segala-segala perkara, dialah Tuhan yang Satu, Tiada Tuhan melainkan engkau”

Do’a ini “dikatakan” do’a yang dibaca oleh seorang wali Allah, Asif bin Barkhiya yang telah memindahkan istana Ratu Balqis dengan bacaan do’a ini. Akan tetapi perkara ini khilaf samada manusia atau Jin yang memindahkan istana tersebut. Do’a ini sebahagian dari do’a yang dinamakan Ismu al-‘Azhom. Do’a ini boleh didapati didalam beberapa kitab tafsir apabila mereka mentafsirkan surah al-Naml ayat 40 :-

قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. ”

Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan “Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan” adalah Asif bin Barkhiya, seorang yang ikhlas / amanah yang mengetahui amalan Nama Allah yang sangat Agung, beliau berdoa lalu Allah menjawab do’anya kembali. Imam Ibnu Kathir dan Imam al-Tabari mencatatkan bahawa al-Zuhri meriwayatkan do’a yang dinyatakan seperti diatas. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين