Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Didalam sebuah hadith dari Ibn Abbas ra, semasa beliau bermalam di rumah Maimunah ra., beliau telah mengikuti Nabi :saw bersolat malam dan Ibn Abbas bersolat disebelah kiri baginda, lalu Nabi :saw memegang tangannya dan membuat Ibn Abbas ra bersolat disebelah kanannya. Hadith ini menjelaskan bahawa kedudukan saf disebelah kanan adalah lebih baik dari sebelah kiri.
Akan tetapi, jika saf terlalu kekanan sangat, sehingga jauh dari Imam, maka makmum hendaklah kekiri kerana berdekatan dengan Imam juga merupakan satu kelebihan kepada makmum juga. Shiekh Ibn Utsaimin rh menjelaskan bahawa apabila jemaah sebelah kanan dan kiri sama ramai, maka hendaklah didahului yang kanan. Kelebihan sebelah kanan bukanlah mutlak, kerana jika jemaah berjumlah tiga orang, Imam hendaklah bersolat diantara ketiga-tiga mereka. [Sharh al-Mumthi’, 3/15].
Kesimpulannya, hendaklah mendahului saf sebelah kanan dan barulah sebelah kiri. Disana juga menunjukkan keutamaan berhampiran dengan Imam juga merupakan pergi yang dituntut. WA.
Wa’alaikumussalam

Sekian, wassalam
خيرالأمين