:salam
Berikut adalah soalan yang masuk dalam email peribadi saya.
-----
Assalamualaikum...
saya seorng ketua di pejabat...saaya selalu berasa resah dengan tingkahlaku kakitngan yang tidak saya senangi terutm apabila mereka melanggar peraturan pejabat..Bagaimana untuk saya menghilangkan keresahan in dan apa yang sepatutnya seorng ketua lakukan berlandaskan syariat
terima kasih
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Urusan management (pengurusan) hendaklah dilihat dari sains pengurusan moden, penerapan nilai2 pengurusan Islam dan menguatkuasakan PCM (performance and consequence management) atau pengurusan prestasi dan hukuman)
Sains Pengurusan Moden menetapkan pengurusan moden dari segenap aspek: kepimpinan, pengambil kakitangan yg bermutu, latihan, peraturan dan penguatkuasaan disiplin syarikat serta pemantauan (monitoring) yg berkesan.
Dari segi Islam, Pemimpin adalah contoh teladan dan dia hendaklah berwibawa dan memiliki skills dan daya kepimpinan yg tinggi. Islam tidak ada gabungan magik formula, tapi gabungan dan pembangunan kepimpinan dan pekerja yg mantap. Tidak salah mengambil ciri2 pengurusan baik Jepun, Korea atau Barat sebagai benchmarking dan perpindahan budaya yg baik. WA