ðSJ-11-0104 : Zakat Pendapatan, Simpanan & Berhutang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
ðSJ-11-0104 : Zakat Pendapatan, Simpanan & Berhutang


ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå

Saya seorang pelajar di luar negara pernah mendapat pinjaman pelajaran sebanyak RM 36,000. Saya masih berhutang dan belum membuat sebarang bayaran kerana menyambung pelajaran.

Dalam pada itu, saya telah mendapat tajaan universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dengan mendapat gaji tetap (RM 2,000) dan elaun bulanan. Gaji dan elaun ini saya telah simpan dalam akaun bank di Malaysia sejak setahun dengan jumlah RM 52,000.

Sekarang saya hidup di sini hanya dengan gaji isteri dan sentiasa berjimat cermat untuk kegunaan kami semasa balik di Malaysia nanti, kerana kami tiada harta di sana melainkan simpanan wang tersebut dan akan memulakan hidup baru di samping membayar hutang.

1-Berapa jumlah zakat yang harus saya keluarkan untuk tahun ini?

2-Bagaimana cara mengeluarkan zakat pendapatan bulanan?

Terima Kasih & Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
ðSJ-11-0104 : Zakat Pendapatan, Simpanan & Berhutang

:wassalam

al-Jawab:

Anda dikenakan zakat Simpanan kerana ia khusus bagi apa jua harta simpanan dan tidak melibatkan kos sara hidup anda.

1. Kadar zakat ialah 2.5% bagi baki terendah dalam tahun qamariah.

2. Zakat pendapatan bulanan, melihat pada keadaan anda, anda tidak dikenakan zakat, memandang anda adalah pelajar. Jika anda nak tahu, anda wajib berzakat atau tidak, anda cuba lakukan kiraan sendiri:

Gross income (pendapat kasar) tolak kos sara hidup asas tolak hutang,
jika bakinya melebihi nilai 85 gram emas (lihat harga semasa satu gram emas, di Malaysia sekarang ialah RM 79 per gram, maka RM 6715). Maka jika baki pendapatan anda setahun melebihi RM 6715, maka kena zakat.