000003-SJ-THAHARAH: Baja dari najis khinzir

1 post / 0 new
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
000003-SJ-THAHARAH: Baja dari najis khinzir

Quote:
> Apakah hukumnya menggunakan najis khinzir sebagai baja?

Jawab

Najis khinzir adalah termasuk najis berat (mughalazzah) dan tidak boleh
menyentuh, membeli dan digunakan untuk dijadikan baja.
Ia dipandang jijik pada hukum (uruf) adat dan menimbulkan kegelisahan di
kalangan umat Islam yang rata-rata telah terbina perasaan loya dan jijik
terhadap khinzir baik terhadap namanya, dagingnya, tempat penternakannya
ataupun najisnya.
Khinzir adalah amat sensitif di kalangan umat Islam dan apa jua yang ada
hubungan dengan khinzir akan menimbulkan kemarahan dan sensitiviti mereka.
Inilah pendapat jumhur ulama' (majoriti ahli Feqah).

sekian
thtl for al_ahkam online