000004-SJ-AQIDAH: Asal kejadian syaitan dan iblis

Primary tabs

1 post / 0 new
000004-SJ-AQIDAH: Asal kejadian syaitan dan iblis

Quote:
Asal kejadian syaitan dan iblis

Apakah asal kejadian syaitan dan iblis?
------------------
Abduh

Jawapan
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Bila kita menyebut tentang syaitan dan iblis, tidak sempurna rasanya jika tidak disebut sekali gandingannya iaitu jin.

Para ulamak berbeza pendapat mengenai asal-usul jin, syaitan dan iblis. Hasan al-Basri berpendapat bhawa jin adalah anak iblis, manakala manusia adalah anak Adam. Sebahagian dari mereka (jin) ada yang beriman dan ada yang kafir. Yang kafir itu disebut sebagai syaitan.

Ibnu Abbas pula berpendapat bahawa jin itu adalah anak jaan (jin). Mereka bukanlah dari kalangan syaitan. Mereka akan mati, sebahagiannya mukmin dan sebahagiannya kafir. Syaitan pula adalah anak iblis. Mereka tidak akan mati kecuali bersama iblis.

Qatadah berkata bahawa dari kalangan jin itu ada syaitan dan dari kalangan manusia juga ada syaitan.

Al-Dumairi berpendapat bahawa yang masyhurnya ialah semua jin itu dari zuriat iblis. Mereka yang kufur dari kalangan jin disebut sebagai syaitan.

Menurut al-Marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadil Haq (bekas Syeikh al-Azhar), Iblis adalah 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikkan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kejahatan dan kerosakkan. Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.

Kembali kepada persoalan tentang asal kejadian syaitan dan iblis – juga jin -, mereka ini diciptakan dari api. Ini dijelaskan oleh firman Allah Taala di dalam surah al-Hajar: 26 &27.

Wallhu a'lam

zain y.s

Rujukan
Al-Quran
Buhus Wa Fatawa Islamiah Fi Qadhaya Mu'asharah - al-Marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadil Haq