Keputusan Muzakarah JK Fatwa: Kumpulan Tal Tujuh

Primary tabs

23. Kumpulan Tal Tujuh

25-27 Julai 2006 Muzakarah Kali Ke-74

Keputusan:
i. Berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dibuat, Kumpulan Tal Tujuh didapati     berpegang kepada ajaran dan fahaman yang menyeleweng dari syariat Islam. Diantara ajaran mereka    ialah:
a. Mengaku dan mendakwa mendapat Ilmu Ladunni;
b. Mengaku mereka mendapat Kasyaf;
c. Membuat keputusan sesuatu hukum berdasarkan mimpi dan mendakwa boleh menta’bir segala mimpi dengan tepat;

d. Mendakwa amalan haji yang dilaksanakan sekarang tidak betul dan tidak sah;
e. Pengikut tidak dibenarkan berkahwin selain daripada sesama pengikutnya sahaja;
f. Ahli-ahli yang keluar daripada kumpulan ini dianggap murtad rohaniah;
g. Ahli-ahli yang tidak mengikut arahan hendaklah diperangi dan dipulaukan; dan
h. Ahli-ahli yang menentang, halal darahnya.

ii. Berdasarkan penyelewengan-penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Kumpulan Tal Tujuh adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

(Buku Terbitan JAKIM, Keputusan Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hal. 14-15)
Dapatkan percuma dengan download di sini: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5275