000023-SJ-THAHARAH: Masalah baju digigit anjing

Primary tabs

1 post / 0 new
000023-SJ-THAHARAH: Masalah baju digigit anjing

Quote:
Assalamualaikum.

Satu ketika dahulu, sehelai baju saya telah digigit oleh anjing jiran. Pada waktu itu saya berniat untuk membuang sahaja baju tersebut. Tetapi seorang dari ahli keluarga saya telah membasuh baju tersebut dicampur dengan pakaian lain. Saya yang terlupakan peristiwa tersebut kemudian memakainya seperti biasa. Bila saya teringat semula mengenai baju tersebut, saya terus membuangnya.

Soalan saya :

1. Apakah kedudukan pakaian-pakaian lain tadi - bernajis atau tidak?

2. Apakah kedudukan orang-orang yang memakai pakaian tersebut - dijangkiti najis juga?

3. Jika ya, saya ingin minta penjelasan tentang bagaimanakah boleh 'berjangkitnya' najis. Contohnya kalau kita ke pasar membeli ikan dari tangan orang kafir - sudah tentu sangat diragui kesuciannya. Contoh yang lain seperti seorang telah terkena najis berat ini, bersalam dengan tangan berpeluh dengan kawannya - adakah 'berjangkit' najis tersebut?

4. Apa perlu saya buat sekarang?

Jawab
Oleh: TuanHassan Tn-Lah

Inilah jawapannya:
1. kedudukan pakaian itu dan pakaian-pakaian lain adalah telah suci kerana pakaian yang dibasuh dengan nukhaalah (sabun detergen) adalah menggantikan tanah dalam menyucikan najis anjing. Inilah pendapat madzhab Hanbali
(Wahbah azZuhaili, Fiqh Islami wa adillatuh, bab taharah).

2. Orang yang memakai pakaian itu tidak dijangkiti najis lagi. Pembasuhan dengan sabun basuh telah menyucikannya.

3. Pasar basah di negara kita mengasingkan ruangan daging khinzir dari tempat orang Islam membeli belah. Maka tidak timbul soal berjangkit najisnya. Lagipun setiap barangan yang kita beli, akan dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Apa yang ghaib
dari kita tak usah diselidiki (inilah kaedah hukum feqah)

4. Apa yang perlu anda buat? lupakan soal baju itu kerana ia sudahpun dibuang. Seseorang tidak akan dipertanggungjawab lantaran ia tidak ada pengetahuan dalam hal. Begitu juga bila pergi ke pasar basah, belilah dari peniaga muslim, ia dapat membantu ekonomi orang Islam dan mengelakkan was-was anda.

sekian
thtl for al_ahkam fiqh online