000026-SJ-THAHARAH: Beza antara air mani dan mazi

Primary tabs

1 post / 0 new
000026-SJ-THAHARAH: Beza antara air mani dan mazi

Quote:
Sila jelaskan perbezaan antara air mazi dan air mani dari segi sifat fizikalnya, caranya keluar dari zakar dan hukum bersucinya

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Air mani: Air yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat.
Terdapat tiga tandanya, iaitu:
1 . Mani mempunyai bau seperti bau adunan roti atau mayang kurma ketika basah. Dan berbau seperti bau telur ketika kering.
2 . Keluarnya memancar dengan agak tersendat. Firman Allah: "Dari air yang memancar." (Al-Thariq:6)
3 . Merasa lazat ketika keluar dan sesudahnya, serta mengalami kekenduran zakar dan syahwat menjadi lemah.
Tidak perlu ada ketiga-tiga tanda di atas, cukup dengan salah satu darinya sahaja untuk menetapkan bahawa yang keluar itu adalah mani.

Tanda-tanda mani perempuan sama dengan lelaki sebagaimana di atas. Menurut al-Nawawi di dalam syarah Muslim: Tidak disyaratkan keluar memancar bagi perempuan.

Hukumnya: Suci, tidak najis menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali. Menurut Maliki dan Hanafi adalah sebaliknya.

Cara cuci: Disunatkan membasuh (syafi'i dan Hanbali).

------------------------
Air mazi: Ialah air berwarna putih yang keluar tanpa membuak pada saat memuncaknya nafsu seseorang ataupun ketika teringat persetubuhan.

Hukumnya: Najis. Dalilnya ialah hadis Ali riwayat syaikhani: "Hendaklah dia membasuh zakarnya dan berwuduk."

Cara cuci: Seperti mencuci najis mutawassitah.

Rujukan:
Kifayatul Akhyar, vol 1, Syeikh Taqiyudin Abu Bakar Muhamad al-Husaini
Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, vol. 1, Dr Wahbah al-Zuhaili.