013. Kitab: Perlumbaan dan Memanah

(1) Berlumba menunggang kuda dan memanah itu adalah sah, jika jarak dan sifat perlumbaan menunggang kuda dan memanah itu diketahui dengan jelas.

 


 

(2) Yang mengeluarkan pertaruhan hanya salah satu dari kedua pelumba, sehingga jika yang bertaruh ini menang, maka dia ambil kembali pertaruhan itu, dan jika dia kalah, maka pertaruhan itu diambil oleh lawannya.

 


 

(3) Jika kedua pelumba itu sama-sama mengeluarkan pertaruhan, maka yang demikian itu tidak sah.

 


 

(4) Kecuali jika keduanya memasukkan pihak yang dapat menghalalkan antara kedua­nya. Jika pihak ketiga ini yang menang, maka dia ambil petaruh yang mereka keluarkan itu, dan jika pihak ketiga ini kalah, maka ia tidak bayar.

 


Terjemahan: Matan al-Ghayah Wat Taqrib / Matan Abi Syujak

Penterjemah: zain-ys

Bab: 013. Kitab: Perlumbaan dan Memanah

Status: Terjemahan masih belum di semak

Syarah: Tiada

Kategori Dokumentari: