Bid'ah ketika Eid (hariraya)

Primary tabs

Oleh ziy@d

Pertama: Tasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan orang-orang barat dalam berpakaian dan mendengarkan alat-alat musik serta perbuatan mungkar lainnya.

Nabi S.A.W telah bersabda:

من تشبه بقوم فهو منهم

Imam ahmad meriwayatkan dari Abu An-Nadhir meriwayatkan dari ABdur Rahman bin Tsabit bin Tsauban meriwayatkan dari Hassan bin Athiyah dari ABi Munib Al-Jarsyi dari Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W berkata, “….Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka"(Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad 2/50 dan 92 dari Ibnu Umar dan isnadnya Hasan. Diriwayatkan oleh Ath-Thahawi dalam Musykil Al Atsar 1/88 dari Hassan bin Athiyah, Abu Nu'aim dalam Akhbar Ashbahan 1/129 dari Anas, meskipun ada pembicaraan padanya, tetapi dengan jalan-jalan tadi, hadith ini darjatnya Sahih)

Baginda S.A.W juga bersabda:
"Benar-benar akan ada pada umatku beberapa kaum yang mereka menghalalkan zina, sutera (bagi laki-laki), khamr dan alat-alat musik. Dan benar-benar akan turun beberapa kaum menuju kaki gunung untuk melepaskan gembalaan mereka sambil beristirahat, kemudian mereka didatangi seorang fasik untuk suatu keperluan. Kemudian mereka berkata: 'Kembalilah kepada kami besok!' Lalu Allah membinasakan dan menimpakan gunung itu pada mereka dan sebahagian mereka dirubah oleh Allah menjadi kera-kera dan babi-babi hingga hari kiamat"

(Hadith Riwayat Bukhari 5590 secara muallaq dan bersambung menurut Abu Daud 4039, Al-Baihaqi 10/221 dan selainnya. berkata Al-Hafidz dalam Hadyu As-Sari 59: Al-Hasan bin Sufyan menyambungnya dalam Musnadnya, dan Al-Isma'ili, At-Thabrani dalam Al-Kabir. Abu Nua'im dari empat jalan, dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya dan selain mereka. Aku katakan: Dalam hadith ini ada lafaz-lafaz yang asing, aku akan menjelaskannya dengan berurutan.)

Kedua: Masuk dan berdua-duaan dengan wanita-wanita yang bukan mahram.
Hal ini dilarang oleh Nabi S.A.W dengan sabda beliau.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Qutaibah bin Said meriwayatkan dari Laith dari Yazid bin Abi Habib dari Abi Al-Khair dari Uqbah bin Amir berkata bahawa bersabda Rasulullah S.A.W: "Hati-hatilah kalian masuk untuk menemui para wanita". Maka berkata salah seorang lelaki Anshar: "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang Al-Hamwu" Beliau berkata: "Al-Hamwu adalah maut" [Hadith Riwayat Bukhari 5232, Muslim 2172 dari 'Uqbah bin Amir]

Al- Allamah Az-Zamakhsyari berkata dalam menerangkan " الحمو Al-Hamwu"

"Al-Hamwu bentuk jamaknya adalah Ahmaa' adalah kerabat dekat suami seperti ayah (Ayah dikecualikan berdasarkan nash Al-Qur'anul Karim, lihat "Al-Mughni" 6/570), saudara laki-laki, bapa saudaranya dan selain mereka. Dan sabda beliau : "Al-Hamwu adalah maut" maknanya ia dikelilingi oleh kejelekan dan kerosakan yang telah mencapai puncaknya sehingga Rasulullah S.A.W menyerupakannya dengan mahut, kerana hal itu merupakan sumber segala bencana dan kebinasaan. Yang demikian kerana Al-Hamwu lebih berbahaya daripada orang lain yang tidak dikenal. Sebab kerabat dekat yang bukan mahram terkadang tidak ada kekhuatiran atasnya atau merasa aman terhadap mereka, lain halnya dengan orang yang bukan kerabat. Dan boleh jadi pernyataan "Al-Hamwu adalah maut" merupakan do'a kejelekan..." ["Al-Faiq fi Gharibil Hadith" 9 1/318, Lihat "An-Nihayah 1/448, Gharibul Hadith 3/351 dan Syarhus Sunnah 9/26,27]

Ketiga: Wanita-wanita yang bertabarruj (berdandan mempamerkan kecantikan) kemudian keluar ke pasar-pasar atau tempat lainnya.

Ini merupakan perbuatan yang diharamkan dalam syari'at Allah. Allah Ta'ala berfirman :
"Hendaklah mereka wanita-wanita) tinggal di rumah-rumah mereka dan jangan bertabarruj ala jahiliyah dulu dan hendaklah mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat" [Surah Al-Ahzab: ayat 33]

Nabi S.A.W bersabda:
"Dua golongan manusia termasuk penduduk neraka yang belum pernah aku melihatnya : ........ dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala-kepala mereka bagaikan pundak-pundak unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari perjalanan sekian dan sekian" [Hadith ini dikeluarkan oleh Muslim dalam "Sahihnya" 2128, 2856 dan 52, Ahmad 2/223 dan 236 dari Abu Hurairah]

Keempat: Mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya, membagi-bagikan manisan dan makanan di pekuburan, duduk di atas kuburan, bercampur baur antara lelaki dan wanita, bergurau dan meratapi orang-orang yang telah meninggal, dan kemungkaran-kemungkaran lainnya.[Lihat perincian yang lain tentang bid'ah yang dilakukan di kuburan dalam kitab "Ahkamul Janaiz" 258-267 oleh Syeikh kami Al-Albani Rahimahullah]

Kelima: Boros dalam membelanjakan harta yang tidak ada manfaatnya dan tidak ada kebaikan padanya.

Allah berfirman.
"Janganlah kalian berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" [Surah Al-An'am : 141]
"Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat boros itu adalah saudaranya syaitan" [Surah Al-Isra : 26-27]

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidak akan berpindah kedua kaki anak Adam pada hari kiamat dari sisi Rabb-nya hingga ditanya tentang... dan hartanya dari mana ia perolehi dan ke mana ia infakkan" (Hadith Riwayat Tirmidzi 2416, Al-Khatib dalam Tarikh-nya 12/440 dari Ibnu Mas'ud, padanya ada kelemahan. Akan tetapi ada pendukungnya dari Abi Zur'ah di sisi Ad-Darimi Dzail Tarikh Baghdad 2/163. Dan dari Mu'adz di sisi Al-Khatib 11/441. Maka hadith ini Hasan)

Keenam: Kebanyakan manusia meninggalkan solat berjama'ah di masjid tanpa alasan syar'i atau mengerjakan solat Id tetapi tidk solat lima waktu. Demi Allah, sesungguhnya ini adalah salah satu bencana yang amat besar.

Ketujuh: Berdatangannya sebahagian besar orang-orang awam ke kuburan setelah fajar hari raya, mereka meninggalkan solat Id, dirancukan dengan bid'ah mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya. [Al-Madkhal 1/286 oleh Ibnu Hajj, Al-Ibda hal.135 oleh Ali Mahfudh dan Sunnanul Iedain hal.39 oleh Al-Syauqani]

Sebahagian mereka meletakkan pada kuburan itu pelepah kurma dan ranting-ranting pohon. Semua ini tidak ada asalnya dalam sunnah. (Lihat Ahkamul Jazaiz hal. 253, Ma'alimus Sunan 1/27 dan ta'liq Syeikh Ahmad Syakir atas Sunan Tirmidzi 1/103)

Kelapan: Tidak adanya kasih sayang terhadap fakir miskin.
Sehingga anak-anak orang kaya memperlihatkan kebahagiaan dan kegembiraan dengan bebagai jenis makanan yang mereka pamerkan di hadapan orang-orang fakir dan anak-anak mereka tanpa perasaan kasihan atau keinginan untuk membantu dan merasa bertanggung jawab. Padahal disebut dalam hadith:

Diriwayatkan dari Muhammad bin Al-Muthanna dan Ibn Basyir berkata meriwayatkan dari Muhammad bin Jaafar meriwayat Syu’bah berkata bahawa telah mendengar dari Qatadah meriwayatkan dari Anas bin Malik atau bersabda baginda Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” [Hadith Riwayat Bukhari 13 dan Muslim 45, An-Nasa'i 8/115 dan Al-Baghawi 3474 meriwayatkan dengan tambahan ; "dari kebaikan" dan isnadnya Sahih]

kesembilan: Bid'ah-bid'ah yang dilakukan oleh kebanyakan orang yang dianggap syeikh dengan pengakuan bertaqqarub kepada Allah Ta'ala, padahal tidak ada asalnya sama sekali dalam agama Allah. Bid'ah itu banyak sekali. Kami hanya menyebutkan satu saja di antaranya, iaitu kebanyakan para khatib dan pemberi nasihat menyerukan untuk menghidupkan malam hari Id (dengan ibadah) dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Tidak hanya sebatas itu yang mereka perbuat, bahkan mereka menyandarkan hadith palsu kepada Rasulullah S.A.W, iaitu hadith yang berbunyi.
"Barangsiapa yang menghidupkan malam Idul Fitri dan Idul Adha maka hatinya tidak akan mati pada hari yang semua hati akan mati" [Hadith ini palsu (mahudhu’), diterangkan oleh Syeikh Al-Albani dalam "Silsilah Al-Ahadith Adl-Dhaifah" 520-521]

Hadith ini tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad S.A.W‏حدثنا ‏ ‏أبو النضر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حسان بن عطية ‏ ‏عن ‏ ‏أبي منيب الجرشي ‏ ‏عن ‏ ‏ابن عمر ‏ ‏قال قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم‏حدثنا ‏ ‏قتيبة بن سعيد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏ليث ‏ ‏عن ‏ ‏يزيد بن أبي حبيب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الخير ‏ ‏عن ‏ ‏عقبة بن عامر ‏‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إياكم والدخول على النساء فقال رجل من ‏ ‏الأنصار ‏ ‏يا رسول الله أفرأيت ‏ ‏الحمو ‏ ‏قال ‏ ‏الحمو ‏ ‏الموت‏حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏وابن بشار ‏ ‏قالا حدثنا ‏ ‏محمد بن جعفر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏قتادة ‏ ‏يحدث عن ‏ ‏أنس بن مالك عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يؤمن ‏ أحدكم حتى يحب لأخيه ‏ ‏أو قال لجاره ‏ ‏ما يحب لنفسه‏