[Resepi] Ayam Percik

Ingredients
1) Ayam (1 ekor)
2) Bawang merah - dijadikan bawang goreng (10 ulas)
3) Minyak bawang goreng - untuk menumis
4) Santan (250ml)
5) Air asam jawa (50ml)
6) Belacan bakar (1 inci)


7) Bawang putih (7 ulas)
8) Halia (2 inci)
9) Serbuk cili (1 sudu kecil)
10) Gula (sedikit)
11) Garam (sedikit)
12) Daun pisang - untuk mengalas acuan pembakar

Directions
Mula-mula, kisar hancur bawang putih bersama 1 inci daripada halia tersebut.

Manakala 1 inci halia lagi dihiris nipis dan digunakan untuk merebus ayam. Rebus ayam sehingga ayam empuk.
Apabila masak, keluarkan ayam dari air rebusan.

Untuk menyediakan kuah perciknya pula, kisar hancurĀ  bawang goreng bersama sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak bawang goreng dan tumis halia serta bawang putih kisar tadi bersama dengan sedikit belacan.

Apabila naik bau, curahkan santan dan masukkan serbuk cili, bawang goreng, dan air asam jawa.

Perasakan dengan garam dan gula.

Kacau kuah percik ini di atas api yang perlahan. Ia perlu dikacau sentiasa sehinggalah menjadi pekat.

Kuah tersebut akan melekat pada senduk apabila telah benar-benar pekat. Apabila masak, perlahankan api seminimum mungkin dan biarkan sahaja kuah tersebut mereneh.

Seterusnya aturkan ayam rebus tadi, ke dalam acuan pembakar yang dialas daun pisang.

Senduk rata kuah percik ke atas ayam.

Bakar ayam ini di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius lebih kurang 15 ke 20 minit sehingga masak

Ayam percik sedia dihidang sebagai lauk bersama nasi atau boleh juga dimakan begitu sahaja. Selamat menjamu selera.

Kategori Berita: