Hukum Menanam Pokok Krismas

Primary tabs

Soal: Menanam pokok hiasan ( pokok krismas ) adalah salah disisi agama ? nyatakan sebab-sebabnya.

Jawab: Menanam pokok hiasan seperti pohon ru sempena hari krismas atau tidak, tidak ada di sebut di dalam Al-Quran mahupun sunnah Nabi s.a.w dan juga sirah Rasul. Dan pohon Ru juga tidaklah melambangkan krismas yang dirayakan oleh orang-orang kristian.

Oleh itu tidaklah ia salah disisi agama islam jika menanamnya untuk tujuan lain seperti hiasan,sebagai tempat berteduh,mencantikkan kawasan persekitaran dan sebagainya. Pokok ru ini samalah juga dengan lambang ketupat nasi yang dirayakan oleh orang islam.Ketupat nasi bukanlah ada kaitannya dengan syariat perayaan tersebut Cuma ia hanya satu kebiasaan dan adat sesuatu bangsa atau tempat tertentu. Namun begitu, jika ia menanam pokok Ru untuk memuliakan sambutan hari krismas dan merayakannya bersama mereka,hukumnya akan menjadi haram.

Petikan Dari: http://mufti.penang.gov.my/kemusykilan_isu1.htm



Maklumat berkenaan dengan pokok Krismas

Pokok Krismas Tradisi pokok Krismas berasal dari Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan tepat, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Krismas