Maulana Asri: Sunnah Seorang Murid Khidmat Kepada Gurunya

Maulana Asri: Sunnah Seorang Murid Khidmat Dengan Tok Gurunya

Hadis:

Dari Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah kencing, maka Umar r.a. berdiri di belakang Baginda s.a.w.  dengan satu bekas air. 

Lalu Baginda s.a.w. bertanya: "Apakah ini wahai Umar?"

Umar r.a. menjawab: "Ini air untuk engkau bersuci dengannya."

Baginda s.a.w. menjawab: "Tidaklah aku diperintahkan supaya aku berwudhu' setiap kali aku kencing. Kalaulah aku melakukannya, nescaya ia akan jadi sunnah."  (Hadis Dhaif riwayat Abu Daud)

 

Pengajaran:

  • Beristinjak tidak semestinya dengan air
  • Khidmat murid kepada gurunya atau orang bawahan kepada orang atasannya adalah sunnah.
  • Apa yang Nabi s.a.w. lakukan dan katakan ada hukum-hakam disebaliknya.

Kategori Berita: