SJ – 2605 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYAK

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2605 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYAK

Assalamualaikum.......

Saya ingin bertanya ttg aurat dalam solat.Kadar manakah yg dikira sesuatu seluar itu dikira berlubang dan tidak sah untuk dibawa di dalam solat?Sahkah solat kalau yg berlubang itu pada tempat jahitan di celah kelangkang seluar kita yang mana tidak nampak oleh mata kasar kita kalau dilihat secara pandang biasa tetapi kalau diteliti dekat2 baru perasan ada jahitan yg sudah tertanggal sedikit.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2605 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2605 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYAK

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Pedang Malam .

Soalan saudara ini sebenarnya berkisar di atas 2 permasalahan , iaitu ;

{ 1 } ~ Had anggota badan yang dianggap aurat di dalam sembahyang .

{ 2 } ~ Sah ataupun tidak seseorang yang sembahyang dengan memakai seluar / kain yang terkoyak sedikit di bahagian kelangkangnya ? .

Dengan taufiq dan petunjuk daripada Allah Yang Maha Bijaksana maka berikut ini adalah jawapannya :

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

{ 1 } ~ Pertama : HAD AURAT :

Sepatutnya masalah aurat ini adalah masalah yang sudah dibereskan oleh setiap lelaki dan perempuan yang beragama Islam sebelum mereka ‘aqil baligh lagi , ataupun paling lewat pun di peringkat sekolah menengah . Ini disebabkan permasalahan aurat adalah merupakan satu permasalahan yang wajib diketahui oleh setiap orang yang mengaku Islam dan bukannya hanya perlu diketahui oleh golongan agamawan sahaja . Lantaran itulah permasalahan aurat ini dikategorikan termasuk di dalam persoalan-persoalan FARDHU ‘AIN yang mesti diketahui oleh setiap orang Islam .

Dan di antara soalan-soalan yang TOP 10 di dalam “ ranking “ Soal-Jawab al-Ahkam Online ialah permasalahan aurat ini sendiri . Namun sebagai pelajaran ulangan , tidaklah salah untuk kami mengulangi semula jawapan kami mengenainya .

Permasalahan aurat ini dibincangkan dengan panjang-lebar oleh para fuqaha’ ( cendekiawan Islam di dalam bidang Fiqh ) rh , dan tidak perlulah kami membawa kesemua perbincangan yang panjang-lebar itu demi mengelakkan kebosanan para pembaca sekalian .

Oleh itu kesimpulan perbincangan mereka mengenai aurat itu ialah :

{ a } ~ HAD AURAT LELAKI :

Yang dianggap aurat dan wajib ditutup ialah di antara pusat dan lutut , walaupun ada yang menganggap pusat dan lutut itu sendiri bukanlah aurat ( tetapi hanyalah batas aurat ) , namun pandangan yang lebih selamat dan lebih cermat untuk diterima ialah aurat lelaki yang wajib ditutup ialah daripada paras pusat hinggalah ke lututnya .

Lagipun bukanlah terlalu sukar untuk menutup aurat memandangkan kesemua kita mempunyai wang untuk membeli kain sarung ataupun seluar panjang .

Kalau boleh membeli kain samping berharga beratus-ratus RM ataupun seluar-seluar yang berjenama mahal , masakan tidak boleh untuk membeli kain sarung ataupun seluar panjang ( untuk digunakan masa bersembahyang ) ? .

{ b } ~ HAD AURAT WANITA :

Semua tubuh badan wanita dianggap aurat MELAINKAN kedua-dua tapak tangannya dan mukanya . Adapun kakinya dikira termasuk juga di dalam pengertian aurat yang wajib ditutup ( sama di dalam sembahyang ataupun diluarnya ) . Kecuali Mazhab Hanafi mengatakan bahawa kaki wanita ( tapak kakinya ) bukanlah aurat .

Walau bagaimanapun , kami lebih cenderung untuk memilih pendapat majoriti fuqaha’ yang berlainan dengan pendapat Mazhab Hanafi itu memandangkan ia lebih memelihara kehormatan , lebih cermat dan lebih selamat untuk dijadikan pegangan kita .

{ c } ~ HAD AURAT HAMBA-ABDI :

Disebabkan sistem perhambaan sebagai mana yang wujud dahulu sudah tiada lagi , maka kami kira tidaklah perlu kami membicarakannya kerana ianya sudah tidak relevan lagi dengan waqie’ ( realiti ) kehidupan di masa kini .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

{ 2 } ~ Kedua : SELUAR / KAIN YANG TERKOYAK :

Di antara sebab Allah Ta’ala mewajibkan kita menutup aurat ialah agar apa yang ditutup itu tidak kelihatan di pandangan umum ( secara kasar ) . Oleh kerana itu jika seseorang itu memakai seluar / kain yang di bahagian kelangkangnya terkoyak , maka dia tidaklah dianggap telah menutup aurat secara sempurna ataupun secara apa yang diperintahkan oleh ajaran Islam itu sendiri . Dan ini menyebabkan sembahyangnya itu tidak sah .

Oleh itu hendaklah dia mengulangi semula sembahyangnya . Jika diulangi sembahyang itu di dalam waktu / masa yang sama maka itu dinamakan sebagai “ I’ADAH “ , dan kalau diulangi semula sembahyang itu di luar waktunya , maka dinamakan sebagai “ QODHO’ “ .

Itu adalah hukum bagi sesiapa yang memakai seluar panjang ataupun kain yang terkoyak di bahagian kelangkanya dan tidak pula dia memakai seluar di dalamnya ( underwear / spender ) .

Tapi , jika dia bersembahyang dan terdapat koyak di bahagian kelangkang pada seluar ataupun kainnya sedangkan dia juga memakai seluar dalam , maka sembahyangnya itu SAH , kerana adanya seluar dalam yang melindung kemaluan dan duburnya daripada dilihat orang .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ al-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ha
{ Ketua Jabatan Fiqh & Perbandingan Mazhab , Universiti Damsyiq , Syiria }
Jilid : I , Halaman : 738 – 757
Terbitan : Darul Fikr , Beirut ( 1997 )

2 – MU’UJAM al-MUSTOLAHAT WAL ALFAZ al-FIQHIYYAH
Oleh : al-‘Allamah Dr. Mahmud Abdul Rahman Abdul Mun’iem
{ Pensyarah Usul Fiqh di Fakulti Syariah & Undang-Undang , Universiti al-Azhar asy-Syarif , Kaherah , Mesir }
Jilid : 2 , Halaman : 556 – 557
Terbitan : Darul Fadhilah , Kaherah


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
10 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
10 / Jun / 2003 M

SELASA ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum