SJ – 2610 : SIAPAKAH MALAIKAT HARUT & MARUT ( A.S ) ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2610 : SIAPAKAH MALAIKAT HARUT & MARUT ( A.S ) ?

:salam

saya ingin tahu apakah tugas malaikat harut & marut?adakah malaikat ini hanya berdua ataupun banyak?? :srug

:wassalam

Re: SJ – 2610 : SIAPAKAH MALAIKAT HARUT & MARUT ( A.S )


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2610 : SIAPAKAH MALAIKAT HARUT & MARUT ( A.S ) ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Petapa dari Pulau Mutiara yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan di atas .

Sebenarnya , kami telah pun membahaskan secara tidak langsung berkenaan dengan malaikat Harut a.s dan malaikat Marut a.s ini di Soal-Jawab ( SJ ) :

SJ – 2598 : ADAKAH IBLIS BERASAL DARIPADA MALAIKAT A.S ( DIALOG ) ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=13768

Namun tidak salah untuk kami menjawab mengenainya secara langsung pula di dalam kesempatan ini .

Allah Ta’ala telah menceritakan perihal kedua-dua malaikat a.s ini di dalam Surah al-Baqarah , ayat 102 :


æóÇÊøóÈóÚõæÇú ãóÇ ÊóÊúáõæÇú ÇáÔøóíóÇØöíäõ Úóáóì ãõáúßö ÓõáóíúãóÇäó æóãóÇ ßóÝóÑó ÓõáóíúãóÇäõ æóáóÜßöäøó ÇáÔøóíúÇØöíäó ßóÝóÑõæÇú íõÚóáøöãõæäó ÇáäøóÇÓó ÇáÓøöÍúÑó æóãóÇ ÃõäÒöáó Úóáóì Çáúãóáóßóíúäö ÈöÈóÇÈöáó åóÇÑõæÊó æóãóÇÑõæÊó æóãóÇ íõÚóáøöãóÇäö ãöäú ÃóÍóÏò ÍóÊøóì íóÞõæáÇó ÅöäøóãóÇ äóÍúäõ ÝöÊúäóÉñ ÝóáÇó ÊóßúÝõÑú ÝóíóÊóÚóáøóãõæäó ãöäúåõãóÇ ãóÇ íõÝóÑøöÞõæäó Èöåö Èóíúäó ÇáúãóÑúÁö æóÒóæúÌöåö æóãóÇ åõã ÈöÖóÂÑøöíäó Èöåö ãöäú ÃóÍóÏò ÅöáÇøó ÈöÅöÐúäö Çááøåö æóíóÊóÚóáøóãõæäó ãóÇ íóÖõÑøõåõãú æóáÇó íóäÝóÚõåõãú æóáóÞóÏú ÚóáöãõæÇú áóãóäö ÇÔúÊóÑóÇåõ ãóÇ áóåõ Ýöí ÇáÂÎöÑóÉö ãöäú ÎóáÇóÞò æóáóÈöÆúÓó ãóÇ ÔóÑóæúÇú Èöåö ÃóäÝõÓóåõãú áóæú ßóÇäõæÇú íóÚúáóãõæäó

Ertinya : “ Mereka mempercayai apa yang dibuat-buat oleh setan mereka dan orang-orang yang keji dari mereka tentang kekuasaan Sulaymân. Mereka mengira bahwa Sulaymân bukanlah nabi atau rasul yang menerima wahyu dari sisi Allah, melainkan hanya seorang penyihir yang selalu meminta bantuan kepada ilmu sihirnya. Mereka juga mengira bahwa sihir inilah yang memperkuat kerajaan Sulaymân dan membuatnya menguasai jin, burung dan angin. Mereka menisbatkan kekufuran itu kepada Sulaymân, padahal Sulaymân tidak kafir. Setan-setan yang berbuat keji itulah yang sebenarnya kafir. Mereka telah membuat-buat dongeng dan mengajarkan sihir kepada manusia, baik dari diri mereka sendiri maupun dari sisa- sisa peninggalan yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia: Hârût dan Mârût. Padahal, dua malaikat ini tidak mengajarkan sesuatu kepada siapa pun, sebelum mengingatkan orang itu dengan mengatakan, "Sesungguhnya kami mengajarkan sesuatu yang menyebabkan fitnah dan kekufuran, maka dari itu ketahuilah dan hati-hatilah dalam mengerjakannya." Tetapi manusia tidak mendengar nasihat itu. Mereka menggunakan apa yang mereka pelajari dari kedua malaikat itu untuk memisahkan suami dari istrinya. Setan-setan yang keji itu memang kufur, karena mereka telah membuat-buat dongeng itu sebagai perantara untuk mengajar sihir kepada orang-orang Yahudi. Dengan sihir ini, mereka tidak akan bisa memberi mudarat kepada orang lain. Hanya Allahlah yang memberi izin atas suatu kemudaratan, jika Dia menghendaki. Sebenarnya sihir yang diambil dari mereka itu membahayakan orang yang mempelajarinya, baik dunia maupun agamanya. Sihir itu tidak akan dapat memberikan manfaat. Sebenarnya mereka benar-benar mengetahui bahwa barangsiapa yang berjalan di jalan ini, tidak akan mendapatkan bagian dari kenikmatan akhirat. Alangkah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka ini apabila mereka masih memiliki ilmu “ .

Adapun cerita-cerita mengenai kedua-dua malaikat a.s ini bahawa mereka berdua telah diazab oleh Allah Ta’ala kerana mengajar manusia mengenai sihir adalah CERITA PALSU yang berasal daripada khazanah warisan silam Babylon dan Yahudi , apatah lagi pengaruh kaum Babylon sendiri terserlah di dalam Kitab Talmud yang merupakan kitab kedua yang wajib diimani oleh orang-orang Yahudi selepas kitab Taurat ( Perjanjian Lama / Old Testament / al-‘Ahdul Qadim ) .

Begitulah juga dengan kisah bahawa mereka berdua a.s telah dibelenggu kaki-kaki mereka a.s ataupun diazab dengan yang pedih adalah CERITA-CERITA KARUT yang tidak wajib diimani oleh umat Islam .

Kisah mereka berdua a.s telah diberikan nafsu sebagai mana manusia , lalu akibat itu mereka berdua a.s telah menjadi “ gila seks “ lalu memperkosa gadis yang cantik juga adalah KISAH KHURAFAT yang tidak bersumber daripada sebarang bukti yang muktamad lagi kukuh ! .

Ya , memang tidak dinafikan terdapat beberapa kitab tafsir yang menceritakan hal itu , akan tetapi ITU SEMUA BUKANLAH HUJJAH YANG MUKTAMAD . Pandangan dan pendapat manusia selain daripada Baginda Rasulullah s.a.w boleh sahaja diterima dan ditolak . Diterima apabila bersesuaian dengan ajaran Islam dan ditolak pula apabila bertentangan dengannya .

Yang pasti kisah-kisah karut-marut mengenai kedua-dua malaikat a.s itu adalah BERTENTANGAN dengan ajaran Allah Ta’ala sendiri , kerana Allah Ta’ala sendiri telah memberitahu kita perihal kesucian dan ketinggian akhlak mereka . Firman Allah Ta’ala :


íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÞõæÇ ÃóäÝõÓóßõãú æóÃóåúáöíßõãú äóÇÑðÇ æóÞõæÏõåóÇ ÇáäøóÇÓõ æóÇáúÍöÌóÇÑóÉõ ÚóáóíúåóÇ ãóáóÇÆößóÉñ ÛöáóÇÙñ ÔöÏóÇÏñ áóÇ íóÚúÕõæäó Çááøóåó ãóÇ ÃóãóÑóåõãú æóíóÝúÚóáõæäó ãóÇ íõÄúãóÑõæäó

Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri atas manusia dan bebatuan. Yang menangani neraka itu dan yang menyiksa penghuninya adalah para malaikat yang kuat dan keras dalam menghadapi mereka. [b] Para malaikat itu selalu menerima perintah Allah dan melaksanakannya tanpa lalai sedikit pun “ . ~ [/b] Surah at-Tahrim , ayat 6 .


æóÞóÇáõæÇ ÇÊøóÎóÐó ÇáÑøóÍúãóäõ æóáóÏðÇ ÓõÈúÍóÇäóåõ Èóáú ÚöÈóÇÏñ ãøõßúÑóãõæäó

Ertinya : “ Sebagian orang Arab yang kafir berkata, "Tuhan Sang Pemurah mempunyai anak," dengan mengira bahwa malaikat adalah anak perempuan-Nya. Dia Mahasuci dari sangkaan bahwa diri-Nya mempunyai anak . [b] Malaikat hanyalah hamba-hamba yang mendapat kehormatan di sisi Allah dengan kedekatan dan ibadah mereka kepada-Nya “ ~ [/b] Surah al-Anbiya’ , ayat 26 .


æóáóåõ ãóä Ýöí ÇáÓøóãóÇæóÇÊö æóÇáúÃóÑúÖö æóãóäú ÚöäÏóåõ áóÇ íóÓúÊóßúÈöÑõæäó Úóäú ÚöÈóÇÏóÊöåö æóáóÇ íóÓúÊóÍúÓöÑõæäó

Ertinya : “ Hanya hak Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi, baik hak cipta maupun hak milik. Oleh karena itu, hanya Dialah yang pantas disembah. [b] Malaikat-malaikat yang dekat di sisi-Nya itu tidak pernah sombong untuk beribadah dan selalu tunduk kepada-Nya. Mereka tak pernah merasa lelah dan bosan melakukan ibadah yang lama, siang dan malam “ ~ [/b] Surah al-Anbiya’ , ayat 19 .

Begitulah sifat-sifat kemuliaan para malaikat a.s dan mustahil seseorang malaikat a.s itu hendak menderhakai Allah Ta’ala walaupun untuk sedetik kerana mereka diciptakan untuk memuji-muja dan beribadat semata-mata kepada Allah Ta’ala ! .

Adapun malaikat Harut a.s dan malaikat Marut a.s itu sebenarnya diutuskan oleh Allah Ta’ala kepada penduduk Bani Israel di kala itu agar mereka berdua a.s ini MENGAJAR MEREKA MENGENAL PERBEZAAN DI ANTARA MUKJIZAT PARA NABI A.S DENGAN SIHIR-SIHIR KAUM PENDITA DAN DUKUN-DUKUN YAHUDI di zaman itu , bukannya mengajar mereka cara-cara untuk melakukan santau , santet , tuju-tuju , berbuat sihir dan sebagainya ! .

Itulah tujuan sebenar mereka diutus kerana manusia yang tidak berilmu dengan secukupnya , tentu tidak dapat membezakan yang mana satukah mukjizat dan yang mana satukah sihir sebagai mana orang yang tidak reti ( tidak berilmu ) tidak akan kenal yang mana satukah buah cempedak dan yang mana satukah buah nangka , yang mana satukah biawak dan yang mana satukah dhob !!! .

Kalau dilihat daripada zahir ayat tersebut , memanglah malaikat Harut a.s dan malaikat Marut a.s itu hanyalah DUA orang sahaja . Dan kami masih belum menemui sebarang maklumat yang menceritakan bahawa mereka sebenarnya berjumlah lebih daripada dua .

Adapun di dalam masalah menentukan adakah mereka berdua ini BENAR-BENAR malaikat yang diutus daripada langit ataupun 2 orang lelaki yang soleh lagi warak yang mempunyai ketinggian ilmu , iman dan akhlak , maka perkara ini menjadi TOPIK YANG DIPERSELISIHI ( KHILAFIYAH ) di kalangan para ulama’ rh .

Golongan pertama mengatakan bahawa mereka berdua adalah betul-betul malaikat a.s seperti malaikat Jibril a.s , malaikat Mikail a.s dan seterusnya .

Golongan kedua pula mengatakan bahawa mereka berdua bukanlah para malaikat a.s , akan tetapi mereka berdua adalah dua orang lelaki yang soleh , yang warak , yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta’ala ( seperti Saidina Luqman al-Hakim r.a ) . Dan disebabkan mereka sangat dekat dengan Allah Ta’ala , maka kaum Bani Israel pun menggelar mereka sebagai para malaikat a.s disebabkan akhlak mereka yang sangat terpuji laksana para malaikat a.s .

Itulah dua pendapat mengenai status malaikat Harut a.s dan malaikat Marut a.s . Tidaklah menjadi masalah untuk kita berpihak kepada golongan pertama ataupun golongan kedua kerana persoalan ini bukanlah perkara pokok yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi beriman ataupun kufur .

Yang penting ialah beriman adanya 2 makhluk Allah Ta’ala yang bernama Harut dan juga Marut dan mereka berdua adalah makhluk yang taat kepada Allah Ta’ala tanpa berbelah-bagi .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ TAFSIR al-MUNTAKHAB
( Tafsiran al-Quranul Karim Di Dalam 6 Bahasa Utama Dunia )
Terbitan : Kem. Waqaf Mesir

2 – FATWA : BENARKAH HARUT & MARUT DIAZAB OLEH ALLAH ?
Oleh : al-‘Allamah Syeikh ‘Atiyah Saqr ha
( Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif )
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10963


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
11 / Jun / 2003 M

RABU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum