[Mesti Milik] Prakata Edisi Ke Empat Buku: Syiah Rafidhah

Primary tabs

PRAKATA EDISI KE EMPAT
Sebenarnya buku ini ditulis hampir dua puluh tahun lalu susulan polemik Sunnah Syiah yang telah berlaku antara saya (penulis) dengan Hassan Salleh dan beberapa orang Syiah lain di dalam akhbar Watan yang kemudiannya terhenti. la terhenti dengan diakhiri maqalah seorang Syiah bernama Mustafa Harun (nama samaran?) yang tidak dapat dijawab oleh penulis berikutan akhbar berkenaan tidak lagi mahu melanjutkan polemik tersebut.

Oleh kerana pada ketika itu penulis tidak mempunyai saluran lain untuk menjawab kekeliruan-kekeliruan dan kekarutan-kekarutan yang ditaburnya di dalam maqalahnya, maka penulis telah bertindak menulis buku ini dengan tidak lagi terikat kepada perbahasan-perbahasan yang telah berlarutan di dalam polemik sebelumnya malah sebaliknya penulis menekankan dan memfokuskan kepada pengenalan ajaran Syiah itu sendiri yang tidak diketahui masyarakat umum di samping mengemukakan pandangan-pandangan dan fatwa-fatwa yang telah diberi oleh ulama' Islam yang mu`tabar tentang Syiah di sepanjang sejarah ummat.

Tajuk buku ini tepat sekali dengan keadaan masyarakat Islam setempat khasnya dan di seluruh dunia `amnya terutama pada ketika is mula-mula diterbitkan kerana rata-rata ulama' Islam cuai dalam menangani persoalan ini manakala ummat pula benar-benar kebingungan dalam menghadapinya.

Banner Iklan buku Karya Maulana Mohd AsriKetika itu belum lagi keluar fatwa majlis fatwa kebangsaan atau mana-mana institusi agama Islam yang lain di tanah air kita tentang sesat atau tidaknya ajaran Syiah yang digembar-gemburkan oleh pengembang-pengembangnya di seluruh Nusantara. Penulis malah dijadikan bahan ejekan dan momokan pengikut-pengikut Syiah kerana sering mereka mengatakan bahawa tidak ada satu pun majlis agama atau mana-mana badan keagamaan lain menyenaraikan Syiah sebagai satu ajaran sesat dan menyeleweng. Hanya penulis dan segelintir peribadi jua yang beria-ia sangat meniupkan semangat anti Syiah di kalangan masyarakat!

Sekarang setelah keluarnya fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan juga fatwa dari Majlis-Majlis Ugama Islam di setiap negeri berhubung dengan kesesatan dan kekufuran Syiah di samping kesedaran yang agak meluas di kalangan 'ulama' dan masyarakat, keadaan telah banyak berubah. Buku-buku yang mendedahkan kebatilan Syiah karangan ulama Arab dalam bahasa 'Arab juga sudah berlambak-lambak. Jawapan-jawapan kepada buku-buku propaganda Syiah seperti buku "Dialog Sunnah-Syiah" dan buku "Akhirnya Ku Temui Kebenaran" telah diterbitkan dan disebarkan secara meluas. Namun saya tidak mengatakan segala-gala permasalahan telah selesai, Syiah tidak wujud lagi di bumi Malaysia ini, semua 'ulama' sudah tidak cuai lagi dan ummat pula sudah tidak kebingungan lagi justeru masih ramai ummat yang terus kebingungan dan tidak kurang pula bilangan 'ulama' yang terus cuai, meskipun telah terbit fatwa-fatwa tadi dan telah banyak pembongkaran hakikat ajaran Syiah telah dibuat oleh para 'ulama' kita di seluruh dunia.

Alhamdulillah buku ini walaupun kecil, telah berjaya menghilangkan kekeliruan sebilangan besar orang-orang yang telah terpedaya dengan Syiah bahkan ada yang menceritakan kepada penulis bahawa dia hampir-hampir menganut fahaman Syiah kerana diayah dan propaganda yang disebar mereka dengan begitu meluas menerusi buku-buku dan majalah-majalah tetapi telah terselamat daripada terjebak ke dalam gaung kesesatan mereka setelah membaca buku ini. Alhamdulillah sekali lagi.

Pembaca yang budiman!

Biar apa pun, anda mestilah ingat dan mengerti bahawa orang-­orang yang telah menganut fahaman Syiah di kalangan masyarakat kita ini sudah tentu ramai di antara mereka masih tetap di atas ajaran yang salah itu dan terus aktif mengamal di samping menyebarkannya walau pun secara senyap-senyap dan sulit.

Andaikan seseorang telah menganut ugama Syiah dari tahun tercetusnya revolusi Iran (1979) dan ketika itu dia telah mendapat anak, tentu sekali anak itu sekarang telah berumur 26 tahun. Seorang anak yang dididik dan diasuh dalam keluarga Syiah dengan ajaran-ajaran Syiah yang melampau, sudah tentu langsung tidak akan terdedah dengan ajaran Islam yang dihayati oleh kita Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

Ini bererti bahawa bilangan orang-orang Syiah akan sentiasa bertambah secara tabi'i dengan berkembangnya sesebuah keluarga mereka dan akhirnya mereka akan membentuk satu kelompok masyarakat yang entah berapa pula jumlahnya.

Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah usaha kita sebagai `ulama' yang tidak cuai, ummat yang tidak kebingungan? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh insitusi-institusi agama yang telah mengeluarkan fatwa tentang kesesatan Syiah untuk mengembalikan mereka kepada Islam sejati dan seterusnya memulihkan 'aqidah mereka yang rosak itu benar-benar telah membawa kejayaan yang memuaskan? Atau segala yang dilakukan hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja??

Lihat saja kepada pergaduhan, kekecohan dan bunuh-membunuh yang saban hari berlaku di negara-negara Islam yang malang. Puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah perbezaan 'aqidah Ahli as-Sunnah dan Syiah. Sejarah menyaksikan bahawa golongan Syiahlah sentiasa menjadi talibarut kuasa-kuasa besar kuffar dalam usaha mereka menghancur clan memporak-perandakan ummat Islam.

LihatIah apa yang berlaku di hadapan anda sendiri di zaman ini, betapa peranan mereka dalam memecah-belahkan negara dan ummat Islam di 'Iraq, Afghanistan, Pakistan, Lubnan dan lain-lain. Kekecohan cetusan mereka sentiasa membawa kepada pertumpahan darah.

Mahukah kita melihat keadaan seperti itu berlaku juga di negara kita yang tercinta ini? Jika tidak maka marilah sama-sama kita hapuskan atau paling tidak kita kawal wabak ajaran sesat ini dengan serius seperti mana kita bersungguh-sungguh mahu menghapuskan dan mengawal penyakit-penyakit menular atau virus-virus yang mengancam nyawa manusia. Malah ajaran sesat ini bukan sahaja mengancam nyawa masyarakat bahkan menggugat kestabilan sesebuah negara dan yang paling dahsyat bagi ummat Islam ialah is memusnahkan 'aqidah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya yang mulia.

Di dalam edisi baru terbitan Pustaka Bisyarah ini, sedikit perubahan dan pindaan dilakukan di sana sini. Apa yang diharapkan sangat ialah agar seramai mungkin pembaca akan mendapat manfaat dari penjelasan yang diberikan dan penulis berdoa semoga Allah memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada orang-orang yang telah terpengaruh dengan fahaman Syiah. Tiada tempat memohon taufiq dan hidayah kecuali kepada Allah jua.

Muhammad `Asri Yusoff
Kubang Kerian,
Kota Bharu Kelantan.
22/11/2005



Untuk pembelian
Kepada sesiapa yang berminat membeli buku ini Sila email darulmarketing@gmail.com atau SMS
014-5026621 (Ustaz MARWAN) atau fax 09-7655203