SJ – 2709 : BERNIAGA MAKANAN DI KEDAI JUDI

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2709 : BERNIAGA MAKANAN DI KEDAI JUDI

:salam,

apakah hukum menjalankan perniagaan ditempat yg terdapat pelanggan berjudi. sila huraikan dengan lebih terperinci.
sekian, terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2709 : BERNIAGA MAKANAN DI KEDAI JUDI


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2709 : BERNIAGA MAKANAN DI KEDAI JUDI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara/i Jhan yang mengajukan soalan di atas .

Permasalahan yang berkaitan dengan PERKERJAAN adalah di antara salah-satu soalan yang paling “ TOP 10 “ di dalam al-Ahkam.net . Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan kerana semakin majunya dunia , maka semakin banyaklah jenis dan sektor perkerjaan yang wujud di zaman moden ini .

Sila gunakan SEARCH ENGINE dengan menggunakan kata-kunci : KERJA – BERKERJA – PEKERJAAN – GAJI – SYUBHAT .

Untuk lebih jelas mengenai soalan yang diajukan oleh saudara/i Jhan di atas , maka izinkanlah kami menyusun soalan itu semula di sini .

Kami akan pecahkan soalan itu kepada 2 situasi :

( 1 ) ~ SITUASI PERTAMA :

“ Apakah hukumnya seseorang yang membuka satu gerai / kaunter makanan halal di sebuah pusat perjudian ? “ .

JAWAPANNYA :

Gaji ataupun pendapatan yang diperolehi hasil daripada perniagaan di atas adalah HARAM . Ini disebabkan sumber keuntungannya HANYA didapati daripada mereka yang terlibat dengan perjudian , walhal perjudian itu sendiri adalah HARAM di sisi syarak .

Bukan sahaja pendapatannya HARAM , malahan usaha si dia membuka kaunter perniagaan makanan di situ pun dianggap HARAM kerana dia terlibat di dalam usaha “ memakmurkan “ dan “ membantu “ industri perjudian di situ .

Allah Ta’ala berfirman mengenai hal itu di dalam surah al-Ma-idah , ayat ke-2 :


æóÊóÚóÇæóäõæÇú Úóáóì ÇáúÈÑøö æóÇáÊøóÞúæóì æóáÇó ÊóÚóÇæóäõæÇú Úóáóì ÇáÅöËúãö æóÇáúÚõÏúæóÇäö æóÇÊøóÞõæÇú Çááøåó Åöäøó Çááøåó ÔóÏöíÏõ ÇáúÚöÞóÇÈö

Ertinya : “ Bertolong-menolonglah kamu di dalam urusan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu saling tolong-menolong di atas dasar berbuat dosa dan permusuhan dan takutlah kamu semua kepada Allah . Sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya “ .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

( 2 ) ~ SITUASI KEDUA :

“ Apakah hukumnya seseorang yang membuka satu gerai / kaunter makanan halal di sebuah pusat perniagaan ~ kompleks ~ yang ada di dalam kompleks tersebut para perkerja daripada berbagai jenis syarikat seperti kedai buku – majalah , kedai peralatan elektrik , kedai peralatan dapur , kedai pakaian , kedai vcd & kaset , kedai games , pusat perjudian , panggung wayang dan sebagainya ? “ .

JAWAPANNYA :

Hasil pendapatan seseorang muslim yang membuka kedai makan di kompleks seperti itu adalah HALAL kerana dia membuka gerai itu bukanlah untuk memakmurkan kedai-kedai yang menjalankan perniagaan yang tidak bertepatan dengan Islam , sebaliknya sebagai satu khidmat kepada semua yang masuk ke dalam kompleks itu , sama ada para pentadbirnya , para perkerjanya , para pelanggannya ataupun mereka yang saja-saja ke sana untuk “ window shopping “ .

Kedudukannya samalah dengan seseorang yang membuka sebuah gerai nasi lemak di tepi pasar borong yang ada di situ dijual makanan yang halal dan haram . Takkanlah kita tergamak untuk mengatakan bahawa tokey gerai nasi lemak itu pendapatannya haram disebabkan ada pelanggannya daripada mereka yang menjalankan bisnes daging babi !? :non

Memang kita tidak menafikan , DARI SATU SEGI memang ada unsur-unsur syubhat di dalam pendapatan kedua-dua tokey kedai makanan di atas . Iaitu dari segi adanya kemasukan wang daripada mereka yang terlibat dengan perkerjaan yang haram ( perjudian , perniagaan makanan haram ….dsbgnya ) . Jadi SYUBHAT hanyalah dari sudut kemasukan sahaja .

Adapun GAJI dan PENDAPATANNYA tetaplah HALAL .

Kenapa ??? .

Sebab sebagaimana yang selalu kami nyatakan , kalau kita terlalu meluaskan skop HARAM dan SYUBHAT di dalam bidang pekerjaan , sudah tentu tidak ada seorang pun di kalangan umat Islam yang selamat daripada kedua-duanya . Kalau tidak terlibat secara langsung sudah pasti secara tidak langsung . Dan kalau tidak terjerumus , pasti debu-debu haram dan syubhat akan mengenainya jua.

Cubalah tepuk dada dan tanyalah diri kita sendiri , apakah kita berani “ mendabik dada “ mengatakan pendapatan kita bersih dan suci 100 % ??? . Tiada langsung unsur syubhat ??? . Gaji yang kita perolehi adalah datang daripada sumber yang 100 % suci , bermula daripada pihak atasan sampailah ke pihak bawahan pejabat kita , bermula daripada pihak pencetak wang sampailah ke tangan kita semuanya bersih & suci 100 % …….beranikah mendakwa begitu ??? .

Lantaran itu , tidak boleh kita terlalu meluaskan skop haram dan syubhat , kerana ia akan membawa kepada kesukaran yang amat sangat di dalam hidup , sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan kehidupan manusia ( PERHATIAN : Sila fahami istilah memudahkan dengan memudah-mudah ataupun ambil mudah = sambil lewa ) .

Untuk lebih menambah pengetahuan kita bersama di dalam masalah seperti ini , sila lihat juga masalah-masalah berikut :

SJ – 2243 : BACAAN TIDAK FASIH & HALAL-HARAM-SYUBHAT DALAM PENDAPATAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10543

SJ - 1805 : TERBABIT DENGAN ARAK DI DALAM PERKERJAAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7875

SJ – 1573 : MASALAH DI DALAM PERKERJAAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6289

SJ – 1437 : KERJA PART TIME DI JEPUN ( BHG KE- 2 )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6023

HUKUM BERKERJA DENGAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab2.htm

HUKUM BEKERJA DI HOTEL
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab68.htm

BEKERJA SEBAGAI JURUAUDIT
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab199.htm

SJ – 1227 : REZKI DARI PUNCA HARAM ( KRONISME )
http://al-ahkam.net/cgi-bin/ubb/ultimatebb.cgi?ubb=get_topic&f=8&t=000660

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
8 / Jumadi Awwal / 1424 H
8 / Julai / 2003 M

SELASA ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum