SJ – 2770 : MENJAWAB BERSIN GOLONGAN BUKAN ISLAM & MENDO

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2770 : MENJAWAB BERSIN GOLONGAN BUKAN ISLAM & MENDO

Salam,

Apakah hukumnya kita menyebut: “Bless you!” tatkala kenalan non-muslim bersin. Bagaimana kalau dilakukan hanya sekadar menurut kebiasaan tanpa niat berdo’a misalnya.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2770 : MENJAWAB BERSIN GOLONGAN BUKAN ISLAM & M


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2770 : MENJAWAB BERSIN GOLONGAN BUKAN ISLAM & MENDOAKAN MEREKA

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudari Liyana99 di atas soalan yang diajukan .

Menjawab bersin daripada ORANG – ORANG ISLAM adalah salah-satu SUNNAH yang ditunjukkan dan diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Di antara dalil-dalilnya ialah :

{ 1 } ~ Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÅöÐóÇ ÚóØóÓó ÃóÍóÏõßõãú ÝóáúíóÞõáö ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö æóáúíóÞõáú áóåõ ÃóÎõæåõ Ãóæú ÕóÇÍöÈõåõ íóÑúÍóãõßó Çááøóåõ ÝóÅöÐóÇ ÞóÇáó áóåõ íóÑúÍóãõßó Çááøóåõ ÝóáúíóÞõáú íóåúÏöíßõãõ Çááøóåõ æóíõÕúáöÍõ ÈóÇáóßõãú


Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah ra , daripada sabda Baginda Nabi s.a.w : “ Apabila salah-seorang kamu bersin , maka hendaklah dia menyebut : “ ALHAMDULILLAH “ . Dan hendaklah pula saudara ataupun kawan ( di sisinya yang mendengar ucapan itu ) menyebut : “ YAR HAM KALLOH “ . Dan apabila dia menyebut “ YAR HAM KALLOH “ maka hendaklah ( yang bersin itu membalas ucapan itu pula dengan ) mengatakan : “ YAHDI KUMULLOH WA YUSLIHU BALAKUM “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Adab .

### [="#0000ff" size="3"]{ ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö } “ ALHAMDULILLAH “ : Ertinya : “ Segala Puja-Puji Hanyalah Untuk Allah “ .

[="#0000ff" size="3"] { íóÑúÍóãõßó Çááøóå } “ YAR HAMU KALLOH “: Ertinya : “ Semoga Dirimu Dirahmati Allah “ .

[="#0000ff" size="3"] { íóåúÏöíßõãõ Çááøóåõ æóíõÕúáöÍõ ÈóÇáóßõãú } “ YAHDI KUMULLOH WA YUSLIHU BALAKUM : Ertinya : “ Semoga Dirimu Pula Diberikan Hidayah Oleh Allah Dan Diperbaiki Oleh-Nya Akan Hal Keadaan Kamu “ Sahih

{ 2 } ~ Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


Ãóäøó ÃóÈóÇ åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó ÓóãöÚúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ ÍóÞøõ ÇáúãõÓúáöãö Úóáóì ÇáúãõÓúáöãö ÎóãúÓñ ÑóÏøõ ÇáÓøóáóÇãö æóÚöíóÇÏóÉõ ÇáúãóÑöíÖö æóÇÊøöÈóÇÚõ ÇáúÌóäóÇÆöÒö æóÅöÌóÇÈóÉõ ÇáÏøóÚúæóÉö æóÊóÔúãöíÊõ ÇáúÚóÇØöÓö


Ertinya : Sesungguhnya Saidina Abu Hurairah r.a pernah berkata : Saya pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Hak seseorang muslim terhadap muslim lain ada lima , iaitu : { 1 } ~ Menjawab salamnya , { 2 } ~ Menziarahinya ketika sakit , { 3 } ~ Mengikuti ( menguruskan ) jenazahnya , { 4 } ~ Memenuhi ( mendatangi ) undangannya ( kendurinya ) , dan { 5 } ~ Menjawab { mendoakannya } ketika dia bersin “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh ( 3 / 1240 ) , Al-Imam Muslim rh ( 4 / 2162 ) , Al-Imam Ahmad rh ( 2 / 540 ) , Al-Imam Ibnu Hibban rh ( 1 / 321 Ihsan ) dan Al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ Al-Jamie’ as-Soghir “ ( 3735 ) .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Daripada kedua-dua hadis di atas , dapatlah kita ketahui bahawa yang dituntut ialah MENJAWAB ( MEMBERI RESPON ) kepada ORANG ISLAM yang bersin ( dan lalu diucapkan pula “ Alhamdulillah “ ) . Adapun terhadap ORANG-ORANG BUKAN ISLAM , maka itu TIDAKLAH DITUNTUT , malahan ia merupakan satu perbuatan bid’ah di dalam berdoa yang tidak pernah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ataupun salah – seorang daripada para sahabat r.a yang mulia itu .

Bagaimana pula jika seseorang itu mengucapkan “ BLESS YOU “ , dan bukannya dia mengucapkan doa “ YAR HAM KUMULLOH “ kepada seseorang bukan Islam yang bersin ? . Bukankah itu TIDAK MENGAPA kerana yang diucapkan itu bukanlah doa di dalam B. Arab , hanya macam ucapan “ SELAMAT SEJAHTERA “ kepada golongan bukan Islam ? .

Jawapannya : Apabila diucapkan “ BLESS YOU “ maka sudah tentu timbul pula soalan : “ Siapakah pula yang bless ( memberi rahmat / berkat ) itu ? “ . Sudah tentulah Tuhan ( Allah Ta’ala ) . Dan apakah ini sendiri bukan sebagai sebuah doa ? . Mendoakan rahmat dan berkat Allah Ta’ala kepada orang-orang bukan Islam adalah HARAM dan DITEGAH , dalilnya :


ãóÇ ßóÇäó áöáäøóÈöíøö æóÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú Ãóä íóÓúÊóÛúÝöÑõæÇú áöáúãõÔúÑößöíäó æóáóæú ßóÇäõæÇú Ãõæúáöí ÞõÑúÈóì ãöä ÈóÚúÏö ãóÇ ÊóÈóíøóäó áóåõãú Ãóäøóåõãú ÃóÕúÍóÇÈõ ÇáúÌóÍöíãö


Ertinya : “ Tidaklah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman itu berdoa memohon keampunan bagi golongan musyrikin walaupun mereka itu adalah kaum – kerabat , setelah jelas mereka itu adalah bakal penghuni neraka ( dengan matinya mereka di dalam kekafiran ) “ ~ Ayat 113 , Surah at-Taubah .

### Walaupun ayat di atas menyatakan bahawa tidak dibenarkan kita memohon ( berdoa ) keampunan bagi golongan musyrikin , akan tetapi ia termasuklah juga dengan berdoa memohon rahmat ataupun keberkatan untuk mereka . Ini disebabkan keampunan itu sendiri akan melahirkan rahmat dan keberkatan Ilahi .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Soalan : “ Kalau begitu , mengapa pula kita DIBENARKAN berdoa agar orang-orang bukan Islam itu diberikan hidayah tetapi TIDAK PULA DIBENARKAN kita mendoakan keampunan untuk mereka . Tidakkah kesemuanya itu akan melahirkan rahmat dan keberkatan Allah ? “ .

Jawapannya : Mendoakan orang-orang bukan Islam itu agar diberikan hidayah oleh Allah Ta’ala TIDAKLAH SAMA dengan mendoakan agar mereka diberi rahmat dan keberkatan . Mendoakan agar mereka diberi hidayah ( petunjuk ) ada dalilnya daripada Baginda Rasulullah s.a.w kerana Baginda s.a.w sendiri pernah mendoakan agar Saidina Umar al-Khattab r.a memeluk Islam lalu menguatkan lagi umat islam di zaman awal kemunculan Islam di Makkah al-Mukarramah .

Adapun mendoakan rahmat dan keberkatan itu TIDAK ADA DALILNYA , malahan yang adalah adalah TEGAHAN dan LARANGANNYA ! .

Walaupun kita tidak boleh mendoakan agar mereka diberikan rahmat dan keberkatan Allah Ta’ala , namun ini TIDAKLAH BERMAKNA kita tidak boleh berbaik-baik ataupun menjalinkan persahabatan dengan mereka . Ada banyak lagi cara kita boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka , sekaligus sebagai satu cara dan usaha menarik mereka ( berdakwah ) memeluk ajaran Islam .

Contohnya , apabila kita mendengar seseorang kawan yang bukan Islam itu bersin , lalu kita pun ucapkan :
“ THANKS GOD “ ( Syukur Pada Allah ) .

Kalau dia tanya : “ WHY DID YOU SAY LIKE THAT “ . ( Kenapa kau ucap begitu ? )

Maka jawablah : “ O.K , WHAT WILL HAPPEN IF YOU CAN’T SNEEZE ? “ ( O.K , apa akan terjadi jika engkau tak boleh bersin ? ) .

Kita sambung lagi : “ SURELY YOU WILL BE SICK ! “ ( Pasti engkau akan sakit ! ) .

Setelah dia mendengar , mudah-mudahan dia memberi responnya dengan berkata : “ WHAT A GOOD RELIGION YOU HAVE “ ( Alangkah baiknya ajaran agamamu ) . :yess

# Dialog di atas hanyalah sekadar contoh bagaimana kita masih tetap boleh berbaik-baik dengan mereka walaupun tanpa mendoakan rahmat untuk mereka .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Soalan : “ Apakah tidak boleh langsung kita mendoakan rahmat kepada golongan bukan Islam ? . Tidakkah Saidina Ibnu Abbas r.a sendiri mengucapkan “ ASSALAMU ‘ALAIKUM WA RAHMATULLAH “ kepada golongan bukan Islam ? “ .

Jawapannya : Ya , memang benar ada dinyatakan bahawa Saidina Ibnu ‘Abbas r.a pernah mengucapkan salam seperti itu kepada golongan bukan Islam . Dan apabila beliau ditanya : “ Mengapakah engkau mengucapkan WA RAHMATULLAH ( dan dengan rahmat Allah ) kepada mereka ? “ . Lalu beliau r.a menjawab : “ Ya , bukankah mereka itu hidup pun dengan sebab adanya rahmat Allah ? “ .

Perbuatan Saidina Ibnu ‘Abbas r.a ini adalah SEMATA-MATA PERBUATANNYA . Dan kalau mahu diterima sekalipun kisah tersebut , maka kemungkinan besar yang dimaksudkan oleh ucapan salam beliau r.a itu kepada mereka ialah mendoakan rahmat iaitu mendoakan agar mereka diberikan HIDAYAH dan PETUNJUK oleh Allah Ta’ala ke arah Islam . Itu pun kalau kita mahu menerima kisah di atas sebagai kisah yang sahih .

Dan tidak pula ditemui sebarang dalil daripada Baginda Rasulullah s.a.w yang memerintahkan kita mengucapkan salam seperti yang dilakukan oleh Saidina Ibnu ‘Abbas ra kepada golongan bukan Islam . Malahan yang ada , adalah ayat daripada Surah at-Taubah di atas yang MELARANG kita mendoakan rahmat dan keberkatan kepada golongan ini .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ TAFSIR al-JALALAIN
Oleh : Al-‘Allamah Imam Jalaluddin al-Mahalli rh & Al-‘Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh .
ECS Software , Egypt

2 ~ AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz , Riyadh

3 ~ FAIDHUL QADIR SYARH al-JAMIE’ as-SOHIR
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Abdur Rauf al-Manawi rh
Terbitan : Darul Kutub al-‘Ilmiyah

4 ~ Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf , Mesir }


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
01 / Jumadi Tsani / 1424 H
31 / Julai / 2003 M

KHAMIS~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum