SJ-01-0014: pohon penjelasan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0014: pohon penjelasan

assalamualaikum wbt

Ayat Quran bermadsud ' dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka kafir'.

Tuduhan.
Ayat tersebut 'kononnya' diturunkan untuk kaum dahulu/yahudi dan bukan untuk kita di masa kini.

Pohon bantuan para ilmuan di al-ahkam untuk menjawab balik tuduhan di atas secara ilmiah. Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0014: pohon penjelasan

:salam

1. Apakah ayat itu hanya khusus utk umat ahlul kitab sahaja?

Telah diittifaqkan di kalangan mufassirin bahawa ayat surah al-maidah ayat 44 hingga 47 diturunkan kpd bani Israel. At-tabari dlm tafsirnya meriwayatkann dari Ibrahim An-Nakhaie katanya:
“Ayat ini diturunkan tentang Bani Israel dan diredhai kpd umat ini dgnnya.”

Al-Hassan berkata:
“Ayat ini diturunkan kpd orang yahudi dan ia menjadi kewajipan ke atas kita”

Namun demikian, ia menjadi pelik di kalangan ulamak apabila ada suara2 sumbang mengatakan bahawa ayat ini hanya ditujukan kpd Ahlul kitab dan tidak kpd umat Islam!

Yusuf Al-Qaradhawi memberi komentar terhadap golongan ini:
“Sesiapa daripada kalangan yahudi dan nasrani yg tidak berhukum dgn apa yg diturunkan oleh Allah S.W.T, maka dia adalah kafir, zalim dan fasiq; manakala umat Islam yg tidak berhukum dgn apa yg diturunkan Allah tidak menjadi kafir, zalim atau fasiq. Wallahi! Perkara ini adalah amat ajaib.” (ãä ÝÞå ÇáÏæáÉ Ýí áÅÓáÇã)

Dr Sholah Abd Fattah Al-Khalidy menyebut dlm kitabnya bagaimana hendak berinteraksi dgn al-quran (ãÝÇÊíÍ ááÊÚÇãá ãÚ ÇáÞÑÂä) bahawa mestilah membebaskan nas2 alquran daripada ikatan masa dan setempat:
“Sesungguhnya Asbaabun Nuzul itu wajib diperhatikan dan diterima apabila sanadnya sahih, dan perlu ditambah pandangan2 baru bagi nas2 tersebut di atas dasarnya, akan tetapi kita tidak harus mengikat nas tersebut dgnnya dan mengkhaskannya kpd perkara itu. Kita mesti membuatnya am atas semua keadaan yg serupa dan contoh2 yg sama dan terulang sampai hari qiamat. Di sinilah datangnya kaedah dlm ulumul quran -- ÇáÚÈÑÉ ÈÚãæã ÇááÝÙ áÇíÎÕæÕ ÇáÓÈÈ— ibrah/pengajaran itu diambil dari amnya lafaz bukan dari khasnya sebab.”

2. Apakah kafir orang yg berhukum selain hukum Allah? (åá ÇáÍßã ÈÛíÑ ãÇÇäÒá Çááå ßÝÑ¿)

Ayat ini digunakan sewenang2nya oleh puak khawarij atau golongan yg menjejaki langkah mereka mengkafirkan sesuka hati kpd pihak yg tidak menghukum dgn hukuman Allah. Ketika ayat ini dibacakan kpd Saidina Ali, Ali menjawab: “Kalimatul Haq `indal bathil – Kalimah yg haq di atas perkara bathil.”

Kata dr Kholid bin Ali Al-Anbary dlm kitabnya (ÇáÍßã ÈÛíÑ ãÇ ÇäÒá Çááå) menyebut bahawa orang yg tidak berhukum dgn apa yg diturunkan oleh Allah tidak mengeluarkan seseorang itu dari agamanya kecuali dgn pengingkaran dan pendustaan atau adanya penghinaan atau sombong dan angkuh walaupun masih ada percaya dan pengakuan.

Tafsir para salaf mengenai ayat al-maidah:
1. Ikrimah berkata: “Barangsiapa yg tidak berhukum dgn apa2 yg diturunkan Allah dlm keadaan ingkar terhadapnya, maka dia telah kafir dan barangsiapa yg mengakuinya (kewajipan melaksanakan hukum) ttp tidak melaksanakannya, maka dia zalim dan fasiq.” (mukhtasar tasfir al-khaazin 1/310)

2. Mujahid berkata ttg ayat al-maidah: “Barangsiapa yg meninggalkan berhukum dgn apa2 yg diturunkan Allah dlm keadaan dia menolak al-quran; maka dia kafir, zalim dan fasiq.”

3. Lantaran itu, al-hafiz ibn hajar al-asqalani menaqalkan perkataan dari alqurtubi:

æáåÐÇ áãÇ äÞá ÇáÍÇÝÙ ÇÈä ÍÌÑ Úä ÇáÞÑØÈí Þæáå: ÍíË ÌÇÁ ÇáßÝÑ Ýí áÓÇä ÇáÔÇÑÚ Ýåæ ÌÍÏ ÇáãÚáæã ãä Ïíä ÇáÅÓáÇã ÈÇáÖÑæÑÉ ÇáÔÑÚíÉ.

“Apabila ditemui perkataan kufur dlm alquran atau hadith, maksudnya keingkaran terhadap hukum2 yg diketahui secara dharuri daripada agama.” (ÝÊÍ ÇáÈÇÑí Ì13 Õ75 Ø ÇáÍáÈí)

4. Al-Allamah As-Syinqiti dlm Adwaaul Bayan (2/104) menyebut:
“Ketahuilah bahawa kesimpulan dari ayat ini adalah bahawasanya kekufuran, kezaliman dan Kefasikan jika disebut secara mutlak oleh syariat, maka kadang2 maksudnya adalah maksiat dan kadang2 maksudnya kekafiran yg mengeluarkan dari agama:
- (barangsiapa yg tidak berhukum dgn hukum Allah) kerana menentang para rasul dan membatalkan hukum2 Allah, maka kezaliman, kefasikan dan kekafiran yg mengeluarkannya dari agama
- (barangsiapa yg tidak berhukum dgn hukum Allah) sedang dia menyakini bahawa dirinya melakukan sesuatu yg haram dan mengerjakan sesuatu yg buruk; maka kekafiran, kezaliman dan kefasikan itu tidak mengeluarkannya dari agama.”

Rujukan:
1. ãÝÇÊíÍ ááÊÚÇãá ãÚ ÇáÞÑÂä / ÕáÇÍ ÇáÎÇáÏí
2. Fatwa Mu’asirah Al-Juz Awwal, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
3. ãä ÝÞå ÇáÏæáÉ Ýí áÅÓáÇã, Dr Yusuf Al-Qaradhawi
4. ÇáÍßã ÈÛíÑ ãÇ ÇäÒá Çááå, Dr Kholid Al-Anbari