SJ-01-0100 : Ragu-Ragu Dalam Beragama

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0100 : Ragu-Ragu Dalam Beragama

Apakah berdosa jika mengkaji agama untuk mendapat kepastian dalam agama itu? Adakah berdosa apabila jiwa ditidak tenteram dalam bersolat dan ragu ragu dalam agama. Dan bagaimanakah untuk mendapat ketenangan dalam beragama.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0100 : Ragu-Ragu Dalam Beragama

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
Apakah berdosa jika mengkaji agama untuk mendapat kepastian dalam agama itu?

Setiap muslim dituntut mempelajari agama dan mengkaji lautan hikmah di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, supaya menambahkan keyakinan dan ketenangan jiwanya terhadap agama yang benar ini.
Kajian terhadap agama tidak boleh hanya bergantung kepada akal dan logik semata-mata tanpa disandarkan kepada wahyu dari Allah Taala. Kerana terdapat unsur-unsur ghaibiyyah yang tidak mampu dicapai oleh akal makhluk.

Quote:
Adakah berdosa apabila jiwa ditidak tenteram dalam bersolat dan ragu ragu dalam agama. Dan bagaimanakah untuk mendapat ketenangan dalam beragama.

Berkaitan keraguan dalam beragama, mungkin soal jawab SJ-01-0083 : Ragui 'aqidah boleh membantu:

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33226

Wallahu A'lam