Sister In Islam: Satu Pengenalan

Primary tabs

Oleh zain-ys

Selepas Muktamar Tahunan PAS ke-55 baru-baru ini, semua orang memperkatakan tentang Sister In Islam. Muktamar meluluskan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang didakwa membawa aliran Islam liberal, seterusnya mengharamkan sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam.

 

Pro dan kontra berlaku. Ramai yang mendokong usul ini dan tak kurang jika yang menentangnya dengan lantang, termasuk dari kalangan pakatan pembangkang iaitu PKR dan DAP.

Siapakah sebenarnya Sister In Islam ini sehinggakan di satu pihak terlalu membelanya dan di satu pihak lain menentangnya? Sebelum kita memberi apa-apa komen tentang mereka, sudah kenalkah kita dengan mereka?

Artikel ini akan cuba membawa anda semua untuk mengenali lebih dekat kepada Sister In Islam berdasarkan pelbagai sumber, insyaallah. Pada artikel akan datang, kita akan cuba melihat idea-idea yang dibawa oleh mereka.

Pengenalan

Sebagaimana yang tercatat di dalam web rasmi mereka: http://www.sistersinislam.org.my/BM/pengenalan.htm

Misi

Sisters in Islam (SIS) ialah sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam.

Kami menyokong semangat revolusi Islam, satu agama yang telah mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1400 tahun dahulu. Kami percaya Islam menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan. Kami amat sedih kerana agama telah diperalatkan untuk membenarkan amalan dan nilai-nilai budaya yang menganggap wanita sebagai berkedudukan lebih rendah daripada lelaki. Kami percaya bahawa ini berlaku kerana kaum lelaki sahaja yang telah menguasai secara eksklusif hak mentafsir al-Quran.

Kami percaya bahawa setiap orang mesti diberi peluang sepenuhnya untuk menyertai segala bidang kehidupan demi pertumbuhan dan pengembangan ummah. Penyertaan wanita Islam sebagai rakan kongsi yang setaraf, dalam erti kata sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi ummah adalah menjadi keperluan masa kini. Kami merumuskan bahawa adalah penting pengalaman, fikiran dan suara wanita dimasukkan ke dalam tafsiran al-Quran dan pentadbiran agama dalam dunia Islam.

Kami memperolehi ilham daripada penglibatan aktif wanita dalam kehidupan awam semasa zaman Nabi Muhammad saw. Koleksi riwayat hidup para Sahabat Nabi memuatkan lebih daripada 1,200 riwayat Sahabat Nabi yang terdiri daripada wanita. Antara mereka ialah para penyampai hadith, para wali dan sufi, para syahid, pembebas abdi, dan wira peperangan.

Usaha kami mempromosi hak-hak wanita Islam adalah berasaskan prinsip-prinsip kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat seperti yang diperintah oleh al-Quran dan diperjelaskan oleh kajian kami mengenai kitab suci ini.

SIS telah ditubuhkan pada 1988 dan didaftar sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad. Nama Sisters in Islam terus digunakan dalam penulisan kami.

Misi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai prinsip-prinsip Islam yang sebenar, prinsip-prinsip yang memuliakan konsep kesaksamaan di antara wanita dan lelaki, dan berjuang ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat dalam negara demokrasi.

Objektif

Objektif utama kami adalah:

* Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita;

* Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki; dan

* Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, SIS telah memulakan aktiviti-aktiviti dalam empat bidang program:

1. Penyelidikan dan Tafsiran sumber-sumber teks Islam

2. Advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang

3. Meningkatkan kesedaran orang ramai dan pendidikan awam

4. Perancangan strategik dan pembentukan dasar

Logo

SIS logo diambil dari lukisan Sharifah Zuriah Aljeffri bertajuk RAHIM (1995). RAHIM: Salah satu sifat Allah S.W.T. Rahim juga bermaksud salah satu alat reproduksi wanita; satu anugerah dari Tuhan, dan melaluinya Tuhan memberi kehidupan, manusia dilahirkan dan berkembang dari satu generasi ke generasi yang lain.

Berikut ini pula adalah Deskripsi Program mereka;

Dipetik dari web rasmi mereka: http://www.sistersinislam.org.my/BM/deskripsi.htm

a. Bantuan guaman

* Klinik Undang-undang - SIS memberi nasihat guaman pada perkara-perkara berkaitan perceraian, nafkah isteri dan hak kewangan dan nafkah anak-anak melalui email, telefon dan bersemuka

* Kolum Literasi Undang-undang - SIS juga mempunyai kolum di akhbar Utusan Malaysia yang menjawab soalan yang dihantar oleh pembaca berkaitan hak-hak mereka di bawah undang-undang Keluarga Islam

b. Pendidikan Awam

* Sessi Pembelajaran - Setiap bulan, SIS akan mengadakan sesi pembelajaran . Isu-isu yang dikupas berkaitan Islam, kesihatan dan hak-hak wanita, aurat dan pakaian, menjadi seorang Muslim pada zaman ini dan lain-lain. Sesi pembelajaran ini dikendalikan oleh cendikiawan dari Malaysia dan juga antarabangsa

* Latihan/Bengkel - Sepanjang tahun, SIS mengadakan latihan dan bengkel berkaitan gender dan hak-hak wanita Islam. Dari tahun 2002, SIS telah melatih ketua-ketua wanita di peringkat komuniti, penggubal undang-undang, aktivis-aktivis badan bukan kerajaan, wartawan, peguam-peguam hak asasi, pelatih undang-undang, pelajar-pelajar universiti dan juga ketua-ketua politik muda.

* Syarahan Umum - SIS mengadakan siri ceramah terbuka untuk mendedahkan orang ramai kepada pemikiran alternatif yang progresif dalam Islam oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka

c. Penyelidikan - SIS sedang menjalankan satu penyelidikan pilot bertajuk Kesan poligami terhadap institusi keluarga dan sekarang dijalankan pada peringkat nasional.

d. Advokasi

* Pembaharuan Undang-undang - SIS telah menghantar satu memorandum kepada kerajaan Negeri Selangor pada May 2003, menyatakan kekesalan terhadap pindaan-pindaan yang dibuat kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang berterusan mendiskriminasi kaum wanita Islam . SIS juga melobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan satu sistem Mahkamah Keluarga yang mencakupi bidang kuasa Sivil dan Shariah.

* Advokasi Media - Kenyataan Akhbar dan Surat Kepada Pengarang yang diterbitkan di dalam akhbar berbahasa Malaysia dan Inggeris telah menyumbang kepada perbahasan terbuka, contohnya mengenai perceraian melalui SMS, pindaan-pindaan Undang-undang Keluarga Islam yang mendiskriminasikan wanita Islam, EPF dan harta pusaka dan juga dokumen Negara Islam PAS.

Sister In Islam dan Aminah Wadud

Amina Wadud wanita yang pernah mencetuskan kegemparan di seluruh dunia apabila beliau dengan berani mengimamkan solat Jumaat pada 28 Oktober 2005 dengan makmumnya bercampur aduk antara lelaki dan wanita. Kegemparan ini menimbulkan rasa marah dan kecaman dari majoriti umat Islam di seluruh dunia.

Amina Wadud inilah yang didakwa sebagai antara pengasas Sister In Islam. Berikut ini adalah video Amina Wadud mengimamkan solat Jumaat:

 

Dipetik dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Amina_Wadud

Amina Wadud ialah seorang wanita, feminis, dan cendekiawan yang penuh kontroversi. Amina Wadud dilahirkan pada 25 September 1952 di Bethesda, Maryland. Bapanya merupakan seorang paderi Methodist dan ibunya pula berketurunan hamba dari Arab, Berber dan Afrika pada kurun ke-lapan Masehi. Beliau mengucap syahadah pada tahun 1972 sebelum mengetahui asal-usul keluarga sebelah ibu beliau.

Pada tahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Michigan (Michigan University). Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti Amerika (American University), dan Pengajian Quran dan Tafsir di Universiti Kaherah (Cairo University), dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar (semua universiti tersebut terletak di Kaherah, Mesir).

Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya Pengajian Islam (Associate Professor of Islamic Studies) di Universiti Commonwealth Virginia (Virginia Commonwealth University) di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk tempoh yang lama semenjak 1989.

Kajian-kajian Amina Wadud tertumpu kepada jantina dan al-Quran. Beliau telah menulis untuk subjek berkenaan dalam bukunya Quran and Woman: Rereading the Sacred Text from a Womans Perspective (Quran dan Wanita: Pentafsiran Kembali Ayat-Ayat Suci dari Kaca Mata Wanita). Edisi pertama buku tersebut diterbitkan oleh Sisters in Islam di Malaysia dan menjadi rujukan berkisar subjek-subjek jantina dan al-Quran oleh aktivis dan pengkaji akademik di seluruh dunia. Setelah menerbitkan buku pertamanya itu, beliau membuat sering membuat syarahan di universiti-universiti dan perhimpunan-perhimpunan di Amerika Syarikat, Jordan, negara-negara Afrika dan Afrika Selatan, Nigeria, Kenya, Pakistan, Indonesia, Kanada, Norway, Belanda, Bosnia-Herzegovina, Sepanyol, dan Malaysia.

Buku terbaru beliau, Inside the Gender Jihad: Womens Reform in Islam, diterbitkan pada tahun 2006. Di dalamnya beliau bukan sahaja menganalisa al-Quran tetapi juga menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang Islam, isteri, emak, kakak, cendekiawan dan aktivis.

Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak bersetuju dengan beberapa ayat Al-Quran, terutamanya yang berkenaan memotong tangan pencuri kerana percaya memotong tangan merupakan perbuatan kasar (brutal behavior). Beliau juga menolak beberapa hukuman lain yang terdapat dalam Al-Quran[1]. Amina Wadud menganjurkan empat kaedah baru menafsir Al-Quran, iaitu 1) Pembacaan harafiah teks Al-Quran, 2) Hujah (legalistic) yang mengekang bagaimana ayat itu diguna pakai, 3) Tafsiran semula dari sudut pandangan sebaliknya (baru) , dan 4) Menolak Al-Quran apabila seseorang tidak bersetuju dengannya

Imam wanita untuk Solat Jumaat

Amina Wadud menjadi subjek hangat di dalam perbincangan undang-undang Islam apabila beliau menjadi imam untuk Solat Jumaat kepada 100 orang lelaki dan perempuan di Gereja Besar Keuskupan St. John the Divine di New York pada 18 Mac 2005. Tindakan beliau ini memecah tradisi Islam bahawa hanya lelaki boleh menjadi imam dalam solat lebih-lebih lagi bagi Solat Jumaat (wanita dibenarkan menjadi imam untuk makmum yang terdiri dari kalangan wanita).

Sebelum itu, tiga buah masjid menolak untuk dijadikan tempat bagi acara tersebut dan sebuah muzium yang pada mulanya bersetuju menarik diri akibat dari ancaman bom.

Amina Wadud bukan pertama kali mencetuskan kontroversi. Pada Ogos 1994, beliau pernah menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Islam as Engaged Surrender di Masjid Claremont Main Road di Cape Town, Afrika Selatan. Akibat dari perbuatan beliau tersebut, terdapat usaha-usaha untuk menyingkirkan beliau dari Universiti Commonwealth Virginia.

Di sebalik bantahan dan kritikan majoriti masyarakat Islam terhadap tindakan Amina Wadud, beliau masih menerima jemputan untuk bercakap dan menjadi imam untuk Solat Jumaat. Pada 28 Oktober 2005, beliau menjadi imam kepada lebih kurang 30 orang setelah menyampaikan syarahan di International Congress on Islamic Feminism (Kongress Antarabangsa Feminisme Islam) di Barcelona, Sepanyol.

Majoriti masyarakat Islam menolak sama sekali wanita sebagai imam untuk solat Jumaat dan solat lain yang makmumnya terdiri daripada laki-laki.

Tokoh Sister In Islam: Zainah Anwar

  Dipetik dari http://www.youtube.com/watch?v=rOC8e2Ynxck&NR=1:

Zainah Anwar, Executive Director of Sisters in Islam (SIS), works on the rights of Muslim women within the framework of Islam to end discrimination against women in the name of religion while upholding the principles of justice, equality, freedom and dignity within a democratic state.

In this short interview (four minutes), she tells Global X the story of a woman who spent over seven years out of an eight-year marriage to try to get a divorce from her violent husband, even though he had already remarried and had children with his new wife.

Zainah Anwar, an optimist, hopes that her current work will become irrelevant in the next 10 years. She knows that the laws that Malaysia has inherited from the British need to be adapted to the new realties that women are now facing. She is convinced that "justice will prevail, because the realities of our lives are totally different from when these laws were first conceptualized."