SJ-01-0111 : Garis Panduan Perkara Yg Dianggap Khurafat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0111 : Garis Panduan Perkara Yg Dianggap Khurafat

Assalamualaikum Wmt Wkt.

Didoakan agar semua ahli panel dalam inayah Allah

1. Apakah garis panduan untuk menentukan sesuatu itu khurafat?

2. Adakah 2 amalan di bawah ini khurafat

Ch 1 : Klu ada perguruan silat yang syaratkan anak murid berbaring di atas kain putih selama 7 malam berturut tanpa sebarang penjelasan - adakah ia perbuatan khurafat @ kalau tok guru kata ia sebagai tazkiratul maut , macamne pula?

Ch 2 : Adakah perbuatan membungkus senjata dengan kain kuning dan memperasapkannya dengan kemenyan dianggap khurafat?

Jzkmllh

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0111 : Garis Panduan Perkara Yg Dianggap Khurafat

Al-hamdulillah.....

al-Jawab :

Menurut Mu’jam lughatul Fuqaha disebutkan bahawa khurafat adalah perkara yang mencakupi perbuatan dan pertuturan yang tidak ada sandaran serta dianggap perkara yang boleh mengundang kepada bahaya syirik dan kufur.

Maka bertitik tolak daripada pengertian berikut dapatlah disimpulkan bahawa sebarang perkara yang tidak ada sandarannya dalam Islam lebih –lebih lagi jika perkara itu membawa kepada perbuatan syirik dan mungkar , maka itulah yang dikatakan khurafat.Atau dalam erti kata lain suatu amalan yang sia-sia dan mendatangkan kesan buruk dari sudut akidah

Jawapan bagi 2 persoalan di atas pula adalah seperti berikut :

1. Bagi soalan ini , ianya telah dijawab oleh Al-Fadhil Syaikh thtl seperti link dibawah :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=111088&highlight=&sid=aab79fd2eb2ae12d718d4fc6ea4162ab#111088

2. Untuk soalan ini pula , kami berpendapat bahawa amalan mengasap keris adalah amalan yang dianggap dalam masyarakat melayu sebagai amalan yang berkait rapat dengan pemujaan ruh dan semangat keris yang begitu popular dikalangan masyarakat melayu.Mereka beranggapan bahawa keris yang dipuja dengan cara mengasapkannya akan menjadikan keris tersebut senjata yang ampuh dan mendatangkan kehebatan kepada si pemakainya.Maka secara jelasnya ianya adalah satu perbuatan yang amat bercanggah dan bertentangan dengan Islam dan membawa kepada bahaya syirik.Ini kerana sudah tentu ruh atau semangat yang masuk atau bertapak pada keris tersebut adalah datangnya dari amalan kita yang memuja dan mengasapkan keris tersebut.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com