SJ-02-0001 :: apa beza harakah dan jemaah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0001 :: apa beza harakah dan jemaah?

ade sape leh jelaskan..

re:SJ-02-0001 :: apa beza harakah dan jemaah?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah kami akan cuba menjawap pertanyaan sdr salleh_y dengan ringkas mengikut kadar kemampuan yang ada, Insyallah.

Jemaah atau didalam bahasa arabnya Jamaa'ah (ÌóãóÇÚóÉ) yang membawa erti unit, denominasi, grade, kumpulan, squad, kelas, persatuan, pasukan, geng, komuniti, syarikat, halaqah, keramaian dsb. Perkataan lain yang bersamaan dengannya adalah Thaaifah (ØÇÆöÝóÉ).

Menurut Dr Kamal Al-Misri makna Jamaa'ah dari segi bahasa :

ÇáÌãÇÚÉ ãÃÎæÐÉñ ãä ÇáÇÌÊãÇÚ æåæ ÖÏøõ ÇáÊÝÑÞ¡ íÞÇá ÌãÚ ÇáÔíÁ Úä ÊÝÑøöÞå ÝÇÌÊãÚ¡
"Jamaa'ah diambil dari ijtima' atau mesyuarat dan ia berlawanan dari perkataan berpisah, ia merupakan koleksi/himpunan sesuatu, berpisah dan bertemu."[sumber : http://www.islamonline.net/Daawa/Arabic/display.asp?hquestionID=832 ]

Tambah beliau lagi :

æåÐÇ ÇáÇÌÊãÇÚ ÞÏ íßæä ÍÓíøðÇ ßÇÌÊãÇÚ ÇáäÇÓ Ýí ãßÇäò ãÇ¡ æÞÏ íßæä ãÚäæíøðÇ ßÇÌÊãÇÚ ÇáÃãøóÉ Úáì ÇáÅíãÇä ÈÇááå æÑÓæáå ãËáÇ.
"Mesyuarat ini mungkin dikenalik sebagai pertemuan manusia disesuatu tempat, mungkin dari segi maksudnya sebagai pertemuan ummah keatas beriman dengan Allah dan Rasulnya sebagai contoh"

Secara umumnya ia merujuk kepada satu kumpulan, seperti jemaah masjid, jemaah nasyid, jemaah tabligh ataupun persatuan dan sebagainya.

Harakah (ÍóÑóßóÉ) membawa maksud pergerakan, aksi, sukan, aktiviti yang dikenali sebagai nashaath (äóÔóÇØ). Ia menunjukkan satu pergerakan yang hidup (life), vitality, semangat, endeavor, bertenaga, kesungguhan, eagerness. Secara umumnya ia merujuk kepada satu pergerakan yang aktif dan bertenaga.

Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-

Ðáß ÇáÚãá ÇáÔÚÈí ÇáÌãÇÚí ÇáãäÙã ááÚæÏÉ ÈÇáÅÓáÇã Åáì ÞíÇÏÉ ÇáãÌÊãÚ, æÊæÌíå ÇáÍíÇÉ ßá ÇáÍíÇÉ.
"Melakukan amal yang popular secara berjemaah dan bersistem bagi mengembalikan Islam kepada kawalan keatas masyarakat, dan kearah seluruh penghidupan" [sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=16511 ]

Apabila dirujuk kepada aktiviti-aktiviti Islam, Jamaa'ah membawa maksud Persatuan Islam yang berbentuk dakwah seperti Jemaa'ah Tabligh, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), dsb. Manakala Harakah merujuk kepada Pergerakan yang berbentuk Politik seperti HAMAS (ÍÑßÉ ÇáãÞÇæãÉ ÇáÅÓáÇãíÉ) atau Harakah Perjuangan Islam Palestine, PAS (Harakah Islamiyyah Malaysia), Ikhwan Al-Muslimin dsb. WA.

wassalam

خيرالأمين