SJ-02-0011 : baiah di zaman tiada khilafah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0011 : baiah di zaman tiada khilafah

Assalamualaikum para panel al-ahkam yg dirahmati Allah sekalian.

spt yg kita sedia maklum, baiah adalah proses berjanji taat setia yang dituntun sejak zaman rasulullah saw lagi, dan diteruskan pula di zaman para khulafa' islam selepas itu.

soalan sy:

i-bagaimana pula baiah kita sekarang, dalam keadaan tidak ada khalifah bagi seluruh umat islam?

ii-adakah kita perlu berbaiah kepada pimpinan negara islam untuk meneruskan sunnah baiah tersebut?

iii-dan adakah berbaiah kepada pimpinan jamaah (gerakan islam) di zaman tiada khilafah menepati sunnah baiah?

mohon penjelasan. jazakumullahulkheir.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-02-0011 : baiah di zaman tiada khilafah

:wassalam

ÇáÌæÇÈ
al-Jawab:

i- Bai'ah kepada Khalifah itu dinamakan Bai'ah Kubra atau Udzma. Jika tidak ada lagi Daulah Islamiah dan Khalifah pun belum ada, maka bagaimana bai'ah Udzma itu akan berlaku? Berpandukan kaedah fiqhiyah, " Ma la yatimul waajib illa bihi fahuwa waajib" maksudnya, "tidak terlaksananya yg wajib melainkan dengan sesuatu, maka sesuatu itu menjadi wajib." Tidak terlaksananya A melainkan adanya B, maka mengujudkan B itu adalah wajib.

Cth: Tidak terlaksananya solat melainkan dgn wudhu', maka wudhu' itu adalah wajib.
Cth 2: Tidak terlaksananya bai'ah kubra kepada khalifah melainkan ujudnya khalifah. Tidak ujudnya khalifah melainkan ujudnya daulah, maka tugas utama ialah mengujudkan daulah dulu dan kemudian melantik khalifah kemudian barulah diberi bai'ah.

Rumusan: Dalam keadaan umat tiada khalifah, maka jangan difikirkan lagi soal bai'ah, kena diujudkan dulu khalifahnya, barulah bai'ah menyusul.

ii- Pemimpin yang ada sekarang tidak memerlukan bai'ah anda, kerana ia mendapat mandat dan kuasa memerintah melalui peti undi secara demokrasi. Bai'ah dalam maksud demokrasi ialah mendapat kemenangan dalam Pilihanraya dan mampu membentuk kerajaan. Mana-mana parti yg memenangi pilihanraya menganggap mereka mendapat mandat atau bai'ah dari rakyat untuk membentuk kerajaan.

iii- Bai'ah yang diamalkan dalam pertubuhan, jama'ah, tareqat dan sebarang organisasi dinamakan bai'ah sughra atau ikrar untuk melakukan sesuatu. Bahkan pasukan pengakap melakukan bai'ah sughra, kakitangan awam melakukan bai'ah kecil yg dinamakan akujanji, pelajar2 baru yg tamat sesi minggu suaikenal juga berbai'ah sughra untuk menjadi mahasiswa yg baik. Bai'ah atau akujanji ini pernah berlaku di zaman Nabi, spt bai'ah/ikrar aqobah satu dan dua, bai'ah ridhwan dan bai'ah dari kaum wanita. Bai'ah atau ikrar atau akujanji begini tidak menyalahi sunnah asalkan ia bukan suatu ikrar utk melakukan sesuatu yg bertentangan dgn syari'at. WA

Ruj:

Risalah Bai'ah oleh Persis, Garut, Indonesia, edisi 1991
Dr Abdul Halim Mahmood, Syarah Usyul 20, ms 5