SJ-03-0044 : sedar ada najis lepas solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0044 : sedar ada najis lepas solat

:salam

Ana ada sikit muskil. Ada member tanya pasal najis kat seluar. Satu hari dia solat, dah lepas solat lepas 10-15 minit baru dia sedar ada kesan najis kat seluar dia. So patutkah dia solat semula dengan seluar yg bersih atau itu dikira dimaafkan sebab perkara yg tidak diketahui

terima kasih didahulukan kepada panel sekalian.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0044 : sedar ada najis lepas solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr penjejak_badai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Menyedari seluar yang digunakan semasa solat didapati kesan najis tidak membatalkan solat apabila kesan itu dapat dilihat hanya selepas solat.

Didalam sebuah riwayat menceritakan bahawa seorang telah datang berjumpa Nabi :saw menceritakan sesuatu yang berlaku semasa beliau bersolat yang boleh menyebabkan wudhu'nya batal. Nabi :saw bersabda :-

áÇ íäÕÑÝ ÍÊì íÓãÚ ÕæÊÇð Ãæ íÌÏ ÑíÍÇð
dir="ltr">"Jangan berhentikan solat sehingga kamu mendengar bunyi atau mengesan bau" [Hadith riwayat al-Bukhari #137, Muslim #361]

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh. jika seseorang tidak pasti akan keadaan itu, maka prinsip asasnya dia didalam keadaan bersih (Taahir). Seseorang itu boleh memikirkan bahawa kemungkinan bajunya terkena najis akan tetapi selama-mana tidak pasti, pada prinsipnya dia masih bersih. [Fataawa Ibn Utsaimin, 11/107].

Didalam kes menyedari terdapatnya najis selepas solat, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh berkata :-

ÅÐÇ ßÇä áã íÚáã äÌÇÓÊåÇ ÅáÇ ÈÚÏ ÇáÝÑÇÛ ãä ÇáÕáÇÉ ÝÕáÇÊå ÕÍíÍÉ ¡ áÃä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã áãøóÇ ÃÎÈÑå ÌÈÑíá æåæ Ýí ÇáÕáÇÉ Ãä Ýí äÚáíå ÞÐóÑÇð ÎáÚåãÇ æáã íõÚÏ Ãæá ÇáÕáÇÉ . æåßÐÇ áæ ÚáãåÇ ( Ãí ÇáäÌÇÓÉ ) ÞÈá ÇáÕáÇÉ Ëã äÓí ÝÕáì ÝíåÇ æáã íÐßÑ ÅáÇ ÈÚÏ ÇáÕáÇÉ ¡ áÞæá Çááå ÚÒ æÌá : ( ÑÈäÇ áÇ ÊÄÇÎÐäÇ Åä äÓíäÇ Ãæ ÃÎØÃäÇ ) ¡ …
ÃãÇ ÅÐÇ Ôß Ýí æÌæÏ ÇáäÌÇÓÉ Ýí ËæÈå æåæ Ýí ÇáÕáÇÉ áã íÌÒ áå ÇáÇäÕÑÇÝ ãäåÇ ÓæÇÁ ßÇä ÅãÇãÇð Ãæ ãäÝÑÏÇð æÚáíå Ãä íÊã ÕáÇÊå .
dir="ltr">"Jika seseorang itu tidak mengetahui akan najis tersebut sehingga dia selesai solat, maka solatnya sah. Kerana sesungguh Nabi :saw tatkala sedang bersolat dan diberitahu Jibril bahawa terdapat kekotoran di kasutnya, dia tidak mengulangi solatnya. Sama juga dengan seseorang yang mengetahui perkara tersebut (iaitu najis) sebelum solat, kemudian lupa dan bersolat, sehingga selesai solat dia mengingatinya (maka solat sah), kerana firman Allah swt :

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. " [Surah al-Baqarah : 286]

Akan tetapi jika dia mempunyai keraguan/syak wujud najis di pakaiannya, adalah tidak dibenarkan dia memberhentikan solat, samada dia menjadi Imam atau bersolat bersendirian, hendaklah dia menyempurnakan solatnya" [Fataawa al-Syiekh Ibn Baaz, 12/396-397]

Kesimpulannya bagi kes diatas, solat tersebut tidak perlu diulangi. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين