SJ-03-0064 : Masalah haid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0064 : Masalah haid

1.jika seorg wanita berhaid dlm satu bulan 2kali cnth haid pertama selama 7hari kemudian selepas 2minggu dtg semula haid selama 5 hari bagaimana kiraan haid yg ke dua adakah dikira satu semula atau tures dikira kelapan
2.dan jika hiad yg pertama dan kedua dicampur jumlahnya melabihi 15 hari contoh hari pertama selama 7 kali dan 5hari selepas itu dtg semula selama 10harii maka bile solat perlu ditunaikan

SJ-03-0064 : Masalah haid

:salam

Pertamanya, para ulama' berbeza pendpt dalam menetapkan tempoh masa haid itu sendiri. Jumhur fuqaha' termasuk syafi'iiyah menetapkan bhw tempoh max haid adalah 15 hari. Ini berdasarkan kpd istiqra' dari Ali ra bhw darah yg keluar melebihi 15 hari adalah istihadah, bukan lagi haid.

Walaubagaimanapun, yg lebih tepat adalah ia dikembalikan kepada uruf. Apakah kebiasaannya tempoh haid dialamami oleh wanita2 di tempatnya.

Spt yg dijelaskan di atas, jumhur fuqaha, termasuk juga syafi'iyyah menetapkan bahawa max tempoh haid adalah 15 hari. Daripada tempoh ini, jumhur fuqaha menetapkan juga bahawa tempoh min antara dua haid itu 15 hari. Ini bermakna, sekiranya tempoh masa antara 2 haid itu tidak sampai 15 hari, maka ia di kira satu haid. Manakala jika melebihi 15 hari, ia menjadi 2 haid.(Muhgni alMuhtaj 1/109)

Mengambil cth yg enta bagi:
sekiranya 2 minggu yg enta maksudkan belum sampai 15 hari, maka haid yg kedua itu adalah haid yg kelapan. Tetapi jika 2 minggu itu bermaksud 16 hari, maka haid yg dating kemuiannya itu adalah haid yg baru.

Utk menjawab persoalan kedua, kita perlu jelas, apakah yg dimaksudkan dengan hari haidh itu. Semua maklum bhw hari yg keluarnya darah itu adalah hari haidh. Persoalannya, adakah hari yg tidak keluar darah haid itu (5 hari bersih spt dalam cth yg enta bagi), termasuk kiraan hari haidh ataupun tidak.

Pendpt yg ashah dari mazhab syafi’I menetapkan bhw hari bersih berkenaan termasuk hari haidh. Maknanya hendaklah dimasukkan hari bersih berkenaan dalam kiraan hari haidh. Dalam konteks cth enta:
7 hari haid pertama + 5 hari bersih + 10 hari haid kedua = 22 hari.

Oleh krn max darah haid itu 15 hari, maka yg dikira haid adalah:
7 hari haid pertama + 5 hari bersih + 3 hari haid kedua = 15 hari haid
(7 hari baki yg keluarnya darah itu dikira darah istihadhah.

Walaubagaimanapun, Mazhab Hanbali, Maliki dan sebhgn syafi’iyyah mengatakan bhw hari bersih dan hari haid itu dua perkara yg berlainan. Maka hari bersih itu tidak dicampurkan sebagai hari haid sptmana pendpt yg sebelum ini. ( Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadhah oleh Sheikh Muhammad Nuruddin al-Makki)

Wassalam