SJ-03-0085 : darah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0085 : darah

:salam

adakah pakaian yg terkena darah dan tidak boleh ditanggalkan apabila dibasuh boleh dipakai untuk solat?

:wassalam

SJ-03-0085 : darah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Dalam hadis Asma', seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang pakaian yang terkena darah haidh, lalu sabdanya:
"Kikiskan ia, kemudian gosok2kan ia dengan air, kemudian percikkan air padanya, kemudian bersolatlah dengannya".
HR Bukhari (no: 225) dan Muslim (no: 291).

Jika dengan cara basuhan tidak hilang juga kesan darah, maka dimaafkan. Kerana hadith Abu Hurairah, bahawa Khaulah Binti Yasar bertanya Nabi SAW tentang darah yang tidak tanggal dengan basuhan. Lalu Nabi bersabda: "Cukuplah basuhan air, dan tidak memudaratkan kesannya".
HR: Abu Daud (no: 365). Dinilai sahih oleh Albani dalam Irwa' 1/189

Wallahu A'lam