SJ-03-0104 : NAJIS ATAU TIDAK

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0104 : NAJIS ATAU TIDAK

Akum pak ustaz.

1. Apakah darah haid dikira najis atau tidak.
2. Anak saya suka mandi di dalam tab mandi. Ketika mandi dia kencing
di dalam air yg ada di dalam tab mandi. Apakah air yg ada dikira najis (walaupun tidak berubah bau, rasa dan warna dan tidak cukup sukatan 2 kolah)
3. benar pendapat mengatakan bahawa kita tidak boleh masbuk untuk solat jumaat melainkan wajib solat zuhur. Jika pendapat ini salah, maka apakah had masbuk solat jumaat. Apakah boleh contohnya, masbuk ketika imam tahiyat akhir jumaat dan makmum terus duduk tahiyat, selepas imam beri salam, makmum terus sambung dua rakaat lagi.

Ok, abis dah soalan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0104 : NAJIS ATAU TIDAK

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Darah haidh adalah najis dengan sepakat ulama (Majmuk 2/557). Kerana Nabi SAW memerintahkan supaya dibersihkan pakaian yang terkenanya. Dalam hadis Asma', beliau bertanya tentang seseorang wanita yang terkena darah haidh pada pakaiannya, apa yang patut dilakukan. Sabda baginda:

ÊÍÊå Ëã ÊÞÑÕå ÈÇáãÇÁ æÊäÖÍå æÊÕáí Ýíå

Maksudnya: Hendaklah dia mengikisnya, kemudian menggosok-gosoknya dengan air, kemudian hendaklah merenjis-renjiskan air ke atasnya, dan bersembahyanglah dengan pakaian itu.
Direkod oleh Bukhari (no: 225) dan Muslim (no: 291).

2. Rasulullah SAW melarang kencing dalam takungan air yang tidak mengalir kemudian mandi di dalamnya. Sabda Nabi SAW:

áÇ íÈæáä ÃÍÏßã Ýí ÇáãÇÁ ÇáÏÇÆã ÇáÐí áÇ íÌÑí Ëã íÛÊÓá Ýíå

Maksudnya: Janganlah seseorang kamu kencing dalam air yang bertakung, tidak mengalir, kemudian dia mandi di dalamnya.
Direkod oleh Bukhari (no: 236).

Maka, ibubapa perlu menjaga anak-anak kecil supaya tidak kencing dalam tab air yang mahu dimandikan di dalamnya. Sekalipun, kencing itu tidak mengubah sifat air, tetapi ia menjadi punca kepada waswas.

3. Seseorang yang sempat dengan satu rukuk imam, dikira sempat dengan solat tersebut. Berdasarkan hadis Nabi SAW:

ãä ÃÏÑß ÑßÚÉ ãä ÇáÕáÇÉ ÝÞÏ ÃÏÑß ÇáÕáÇÉ

Maksudnya: Sesiapa yang sempat satu rakaat daripada suatu solat, maka di dikira sempat dengan solat itu.
Direkod oleh Bukhari (no: 555) dan Muslim (no: 607).

Bererti: Sesiapa yang sempat dengan rukuk imam pada rakaat kedua sembahyang Jumaat, maka dia dikira sempat dengan satu rakaat solat Jumaat. Apabila imam memberi salam, hendaklah ditambah satu rakaat lagi.

Jika dia takbiratul ihram selepas selesai rukuk imam pada rakaat kedua, (contohnya masa iktidal atau tahiyyat akhir), maka dia dikira tidak sempat dengan solat Jumaat. Hendaklah ditambah 4 rakaat zohor. Inilah pendapat mazhab Syafie, Maliki, Hanbali dan kebanyakan ulama. (Majmuk 4/558)

Wallahu A'lam.