SJ-03-0131 : Najis anjing di pasir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0131 : Najis anjing di pasir

Assalamualaikum,

Saya buat renovation rumah. Pasir dilonggok di depan pagar. Oleh kerana sedikit masalah, kerja terbengkalai. Pasir depan rumah pulak menjadi tempat anjing-anjing liar buang air besar. Sekarang saya dah sambung kerja renovation, tapi pasir lama tu saya tak mahu lagi. Jiran saya ambil (india) dan digunakan untuk turap (plaster) bahagian pagar sebelah rumahnya (pagar antara rumah saya dengan rumah dia). Dia juga menggunakan kontraktor yang sama dengan saya.

Soalannya, apa hukum kalau saya terpeganf dinding pagar itu nanti, sama ada kering atau basah?
Apa pula hukum rumah saya sekiranya kontraktor rumah saya menyiapkan pagar jiran kemudian datang ke rumah sya untuk menyambung kerja? Bagaimana peralatan yang digunakan?
Perlukah saya sertu lantai dan dinding rumah saya kerana kontraktor keluar masuk dengan kasut sepanjang tempoh kerja-kerja renovation?

Terima kasih.
Wassalamualaikum wa rahmatullah.

Re: Najis anjing di pasir

:salam

Quote:
Soalannya, apa hukum kalau saya terpeganf dinding pagar itu nanti, sama ada kering atau basah?
Apa pula hukum rumah saya sekiranya kontraktor rumah saya menyiapkan pagar jiran kemudian datang ke rumah sya untuk menyambung kerja? Bagaimana peralatan yang digunakan?
Perlukah saya sertu lantai dan dinding rumah saya kerana kontraktor keluar masuk dengan kasut sepanjang tempoh kerja-kerja renovation?

Apa yang jelasnya ialah , walaupun pagar jiran saudara tersebut menggunakan pasir yang dikatakan bercampur dengan najis anjing , hukumnya adalah tidak perlu disertu sekiranya saudara terpegang pagar tersebut samada ianya basah atau kering , bersandarkan kepada 2 sebab :

1) najis tersebut telah sebati dengan campuran simen dan pasir yang sememangnya lebih banyak kuantitinya daripada tahi tersebut.Maka apabila zat atau ain najis tersebut telah hancur atau telah hilang disebabkan proses percampuran antara simen dan pasir tersebut sehingga tidak ada kesan dari segi bau , warna dan rasa , maka ianya adalah suci dan bersih.Dalam Ilmu fiqh islam ianya disebut sebagai Al-Istihlak.

2) Najis / tahi anjing bukanlah bahagian yang disuruh oleh rasulullah saw untuk membasuhnya dengan 7 kali basuhan dengan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah apabila tersentuh padanya.Hanya jilatan anjing sahaja yang perlu disertu sebagaimana hadis Muslim 279.

Begitu juga dengan rumah saudara iaitu tidak perlu disertu.Cukup sekadar saudara membasuhnya dengan air dan sabun jika merasakannya kotor akibat daripada perbuatan keluar masuk kontraktor tersebut yang memakai kasut dan sebagainya.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com