SJ-04-0063 : betulker kentut tak bbunyi xbatal wuduk..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0063 : betulker kentut tak bbunyi xbatal wuduk..

asslamua'laikum..saya nak btanya betulker kentut yg tidak bbunyi atau tidak bbau wuduk tidak batal..kentut hny batal apabila kentut bbau atau bbunyi..harap panel dapat membantu saya beserta dalil..

SJ-04-0063 : betulker kentut tak bbunyi xbatal wuduk..

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan ini pernah di jawab oleh Syeikh thtl. Berikut adalah jawapannya :-

SJ-04-0046 : kentut lagi!! wrote:
Kentut memang membatalkan solat. Ia adalah ijma'. Adapun hadith Abu Hurayrah di mana Nabi saw bersabda " janganlah dikau keluar mesjid hingga terdengar bunyi atau tercium bau" bukan bermaksud kentut yang tak ada bau dan senyap, maka tak batal solat. Ini suatu kekeliruan.

Kata Sayyid Sabiq, ia bukan syarat bagi kentut tapi ia suatu petunjuk kepada mereka yg ragu-ragu (syak) samada dia berkentut atau tidak. Jadi cara nak solve atau selesai masalah kentut ini ialah keyakinan bahawa ada angin keluar dan jalannya yg mudah dalam agama ialah bau dan bunyi. RasuluLLah saw beri jalan keluar yg mudah dan telus bagi yg sifatnya ragu-ragu.

Madzhab Hanafi juga berpegang dgn kentut membatalkan wudhu' . Ini orang selalu silap faham bila terdapat khabar angin yg mengatakan boleh ikut Hanafi kerana Hanafi madzhab yg kata kentut tak batal wudhu'. Pendapat yg benar ialah angin yang keluar dari dubur sahaja yang membatalkan wudhu'. Adapun jika angin keluar dari mulut, atau zakar dan faraj, tidak membatalkan wudhu' kerana ia bukan jalan yang sepatutnya. Kalau anda nak pegang dgn pendapat Hanafi ni boleh.

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32880

Matan hadith tersebut :- Seseorang mengadu kepada Nabi :saw mengenai sesuatu yang berlaku semasa dia bersolat, Nabi :saw bersabda :-

áÇ íäÕÑÝ ÍÊì íÓãÚ ÕæÊÇð Ãæ íÌÏ ÑíÍÇð
dir="ltr">"Jangan kamu tinggalkan (solat) sehingga kamu mendengar bunyi atau tercium bau" [Ibn Rajab, 1/198]

Seperti yang dikatakan oleh syiekh thtl, hadith ini merujuk kepada seorang yang tidak pasti samada dia telah kentut atau tidak didalam solatnyanya. Maka kaedahnya; pastikan dia terdengar bunyi atau terhidu bau bagi memasti dia telah terkentut.

Ijma' ulama mengatakan barangsiapa yang kentut, walaupun tidak berbunyi atau bau, wudhu'nya tetap batal. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين