http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=14736
aslm wbt....
apakah maksud kita berdoa dgn isyarat jari..adakah seperti waktu tahiyyat dengan isyarat jari penunjuk....dan jika begitu adakah perlu duduk spt tahiyyat gak...
saya juga ada soalan lg..ttg mengaminkan doa..bilakah kita perlu mengaminkan doa krn jika mengaminkan doa pastilah dlm doa beramai-ramai..jd dlm keadaan manakah ia sunnah....
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan masri@mujahid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a :- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan :
Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyakatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca do'a didalam khutbah jumaat.
Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.
Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah :saw pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].
Umumnya, tidak banyak tempat amalan berdo'a yang disyariatkan beramai2 kecuali didalam beberapa keadaan; semasa Imam membaca Do'a Qunut (Nazilah), didalam do'a istisqaa'. :aklam
wassalam
خيرالأمين