SJ-05-0102 : Bertakbir selepas fatihah di dalam solat eid

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0102 : Bertakbir selepas fatihah di dalam solat eid

Assalamu'alaikum ustaz,

Seorang imam telah membaca fatihah kemudian baru bertakbir 7 kali pada rakaat pertama solat hariraya aidilfitri (mungkin terlupa). Lepas itu imam tersebut membaca fatihah semula dan surah. Adakah solat hariraya itu sah?

sekian, terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0102 : Bertakbir selepas fatihah di dalam solat eid

:wassalam

alJawab:

Solat kalian adalah sah dan kecuaian Imam itu sedikitpun tidak merugikan pahala kalian.
Dalilnya:

Dari Abu Hurayrah ra: [sabda saw]

" Para Imam itu solat demi kepentingan kalian. Kalau mereka benar, kalian mendapat pahala; tapi kalau dia salah, kalian (kamu) tetap mendapat pahala sementara dia (Imam) mendapat dosa." (alBukhari #694)

sekian