SJ-05-0116 : Tentang Solat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0116 : Tentang Solat

:salam

Di sini saya nak tanya soalan tentang solat dan solat jemaah

1) Ada seorang ustaz mengatakan nabi tidak membezakan cara solat lelaki dan perempuan..betulkah?ustaz ini mengajar solat cara nabi..dan apa yang saya lihat ia ada perbezaan dgn solat kita berdasarkan mazhab syafi'i..dan kita islam di m'sia mengikut cara solat berdasarkan mazhab syafi'i..apakah hukum jika cara solat kita adalah salah seperti seorang perempuan cara solatnya salah dan menyerupai cara solat lelaki xseperti ketetapan cara solat dlm mazhab syafi'i? saya ingin kepastian krn saya lihat ada muslimah sujudnya menyerupai lelaki..apakah hukumnya?

2) Ada pendapat mengatakan, seorg perempuan xboleh menjadi imam selagi ada lelaki baligh...mungkin dalam konteks masjid adalah betul..tapi bagaimana dlm konteks di rumah? dan ma'mumnya hanya terdiri drpd perempuan dan anak2 laki yg blum baligh..di mana dlm rumah itu ada ayah@ anak2 laki yg sudah baligh..boleh ke perempuan menjadi imam untuk solat jemaah kerana ayah@anak laki baligh xsolat berjemaah?

3) Bagaimana jika dlm surau atau masjid,perempuan solat berimam dgn imam perempuan dan pada ketika itu tiada laki yg menjadi imam dlm solat jemaah, dan ketika jemaah perempuan sdg solat, tiba-tiba jemaah lelaki baru memulakan solat berjemaah, adakah jemaah perempuan perlu berhenti dan mengikuti jemaah lelaki?adakah tidak sah solat jemaah perempuan itu?

4) Adakah sah solat berimam, apabila seorang mengikuti sahabatnya dan menjadi ma'mumnya dalam keadaan sahabatnya adalah solat sunat ba'diyah dan dia berniatkan solat wajib sbg ma'mum?

SJ-05-0116 : Tentang Solat

:wassalam

alJawab:

Kami memohon ma'af kerana agak lambat menjawab soalan anda. Ini kerana anda ada 4 dalam satu soalan. Utk mendapat jawapan yg cepat, hadkan jumlah soalan dalam satu posting.

1) Tidak terdapat hadith sahih mengenai perbedaan solat perempuan vs lelaki semuanya termasuk di bawah hadith umum: "Shalluu kamaa ra`aitumuunii ushallii" 'solatlah kamu sebgmn kamu lihat aku solat' mencakupi jantina lelaki dan perempuan. Namun apa yg anda nukilkan dari madzhab Syafi'iy itu adalah dibolehkan kerana ia adalah ketetapan berdasarkan pemerhatian, kesopanan, kesesuaian dgn fitrah perempuan memang hakikatnya berbeda. Pendapat madzhab ini didasarkan kepada ketetapan para sahabat spt Ibn Abbas ra (alMughni: 1/562, madzhab Hanbali juga sependapat dgn Syafi'iyah, Himpunan Fatawa A Qadir Hasan Bandung, Kata berjawab Jld 1-5, ms 229)

tbc

SJ-05-0116 : Tentang Solat

2) Imamiah perempuan

Hukumnya boleh wanita menjadi Imam di rumah kepada ahli keluarganya berdasarkan hadith Ummu Waraqah binte Abdullah bin alHarith, di mana terdapat dalam rumah itu seorang lelaki yg sudah lanjut usia yg bertindak sbg mu'adzin. Hadith ini dikeluarkan oleh banyak Imam hadith dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud. Jumhur fuqaha' mengatakan Ummu Waraqah hanya menjadi Imam bg makmum wanita sahaja tidak termasuk lelaki tua itu (Ibn Qudamah, alMughni 3/37, disahihkan oleh Ibn Uthaimiin dalam Syarh Mumti') Manakala Imam alMuzani dan Abu Tsaur membolehkan wanita menjadi Imam keluarganya termasuk kaum lelaki sekalipun (Awn alMa'bud 2/301)
Pendapat yg rajih ialah wanita hanya boleh mengimami keluarganya yg perempuan sahaja dan ahli keluarga lelaki yg baligh tidak boleh.

3) Solat perempuan berjama'ah itu diteruskan sahaja kerana asalnya mereka boleh solat berjama'ah sesama mereka. Dalilnya: Aisyah ra biasa menjadi imam para wanita (HR Daruqtni 1/404), Ibn Hazm, alMuhalla 3:126, masalah 319), juga Fatawa Ben Baz (Majmu' Fatawa Ben Baz, XII/130)

4) Sah orang yg solat wajib berimamkan orang solat sunnat.
Dalilnya : Dari Jabir ra, bahawa Mu'adz bin Jabal selepas solat bersama RasuluLlah saw menjadi Imam kepada kaumnya (pd solat yg sama jenis), solat pertama adalah solat wajib, solat keduanya adalah sunat [Bukhari-Muslim] (Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam 23/386)

sekian