Lancar Buku Anti Syiah: Tokoh Ulama Muda UMNO Ucap Tahniah Pada MB Kedah

Petikan dari orang besar Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bari dalam facebooknya: Tahniah kepada Menteri Besar Kedah kerana melancarkan buku percuma, "Kenapa Aku Tinggalkan Syi'ah" karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi (bekas pembantu Khomeini laknatullah). Semoga sedikit sebanyak membantu dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya ajaran Syi'ah.

Hari ini Syi'ah kelihatan semakin berkembang-biak di negara kita ini antaranya melalui medium PAS sendiri. Contohnya orang no. dua PAS sendiri sering mengangkat tokoh-tokoh Syi'ah tertentu supaya dijadikan sebagai contoh/idola perjuangan. [FB]

Ucapan tahniah dengan teks yang serupa diletakkan di status facebook Ulama Muda UMNO [LINK].



Perhatian: Buku berkenaan boleh di muat turun di sini [LINK]