:salam
Ketika solat ada makmum di sebelah yang tidak rapatkan saf. Apa yang harus dilakukan sedangkan orang di sebelah tak rapatkan saf dengan kita. Ini menyebabkan ada ruang antara makmum. Perlu buka luas kaki ke atau bergerak kesebelah?Kalau gerak sebelah kanan kiri pula yang makin renggang.
:wassalam
alJawab:
Sepatutnya etika merapat dan meluruskan saf ni dilakukan sebelum Imam bertakbir. Imam (khususnya) dan makmum sama-sama menyusun saf dengan tertib. Inilah cara yang sunnah. bila solat dan pun bermula, maka tiada lagi masa nak uruskan saff. Inilah amalan RasuluLlah saw setiap kali mendirikan solat jama'ah, baginda akan pastikan saf para sahabat tersusun rapi macam susunan qadah (anak panah) (syarah Muslim oleh Nawawi 4/401)
Untuk merapatkan saf yg tiba-tiba renggang tu terpulang kepada realiti makmum di qaryah anda. Jika mereka memahami sunnah, mudahlah anda bergerak ke kiri atau kanan, menarik jiran sebelah anda. Ini akan mencipta 'gerakan berantai' (chain reaction) di mana mereka akan secara otomatik bergerak menutup gap. Jika mereka jenis tak kisah, maka memadai anda meluaskan kaki anda sahaja. Kelemahan orang Melayu dan kecacatan mereka dalam solat jama'ah amat ketara sekali terutamanya dalam susunan saf. sekian