SJ-05-0142 : Darurat - Solat duduk ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0142 : Darurat - Solat duduk ?

Salam,

Di sini (France), terdapat sebilangan rakyat tempatan yg sering shj memandang serong terhadap org Islam. Terdapat bisik2 dan kata2 yg tak sedap didengar dari mulut org2 di sini.

Kami kaum lelaki buat tak kisah je dgn semua tu. Kalau solat, kami solat shj di mana2 tempat yg kami fikirkan bersih dan suci, tak kiralah tepi pokok ke, tepi stadium ke, tepi bus stop ke - apa mereka nak fikir, kami peduli apa.

Tapi agak menjadi masalah bagi kaum perempuan. DI sini, kami tak berada di satu tempat yg sama.

Ada beberapa shbt perempuan yg mengajukan soalan kepada sy, bertanyakan :

Adakah terdapat rukhsah bagi mereka (perempuan), utk solat secara duduk, spt di bawah tangga misalnya, kerana bimbangkan soal keselamatan, terutamanya penindasan yg mungkin bakal mereka terima sekiranya non-Muslim di sini tahu bahawa mereka merupakan Muslimah yg practise (sbb kat sini mmg Islam ramai, tapi ada 2 jenis, Islam-praktis, dan Islam-tak-praktis @ Islam pada nama)

Dan jika ditunaikan solat2 tu secara duduk, maka adakah nanti perlu diulang kembali (qadha) ?

utk makluman : SURAU , MASJID dan TEMPAT SOLAT amatlah sukar ditemui di sini..

Apa nasihat syeikh sekalian kepada kaum muslimah kita?

WA

SJ-05-0142 : Darurat - Solat duduk ?

Dalilnya:
þ þ
þ Õá ÞÇÆãÇ ÝÅä áã ÊÓÊØÚ ÝÞÇÚÏÇ ÝÅä áã ÊÓÊØÚ ÝÚáì ÌäÈ
[shall qaaiman fain lam tastathi' faqaaidan, fain lam tastathi' fa'alaa janbin]
terjemahnya:
"solatlah dengan berdiri tegak, jika kamu tidak mampu, maka solatlah sambil duduk, dan jika kamu tidak mampu, maka solatlah sambil berbaring kesatu sisi" [alBukhari, sahih, #1050 dari Imraan b Hussin]
Maka jawabnya boleh (Ibn Qudamah, alMughni dgn syarh alKabir, 1/782)

solat dalam keadaan demikian adalah sah dan tidak perlu qadha'.

Nasihat utk umat Islam yang menetap di Perancis dan negara2 EC hendaklah bersabar dengan situasi sekarang di mana berlaku backlash (tindakan tindakbalas) komuniti majoriti (Kristian) terhadap umat Islam sebagai penduduk minoriti ekoran meletusnya keganasan atas nama Islam dewasa ini. Maka dalam keadaan begini hendaklah sentiasa memantau dan membaca fatwa-fatwa terkini dari Majlis Fatwa Eropah yang dipengerusikan oleh Fadhilah Syaikh alMujtahid Dr Yusof Abdullah alQaradawi. Islam itu mudah dan jika anda terancam nyawa dan kehormatan, maka akan sentiasa terbuka pintu rukhshah (kelonggaran).