SJ-05-0144 : solat sunat sblm khutbah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0144 : solat sunat sblm khutbah

selalunya hari jumaat , selepas azan pertama (utk solat jumaat),
org akan sembahyang sunat sebelum jumaat
tp selepas azan yg kedua ,masih ada lagi org yg sembahyang sunat,
padahal dia baru sampai sedangkan IMAM sedang baca khutbah..
tidakkah mendengar khutbah itu lebih wajib dari sembahyang sunat itu..
kerana sembahyang itu sunat. ::D ::D

Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0144 : solat sunat sblm khutbah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr tanpanamaX dengan kadar kemampuan yang ada,Insyaallah.

Seseorang yang masuk kedalam masjid lewat dan pada masa tersebut Imam sedang membaca khutbah, diperbolehkan (digalakkan) menunaikan Solat Tahiyatul Masjid. Dalilnya dari hadith Jaabir bin Abdullah ra. berkata :

ÌÇÁ ÑÌá æÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÎØÈ ÇáäÇÓ íæã ÇáÌãÚÉ ÝÞÇá ÃÕáíÊ íÇ ÝáÇä ¿ ÞÇá : áÇ ¡ ÞÇá : Þã ÝÇÑßÚ ÑßÚÊíä .
dir="ltr">"seorang lelaki telah datang pada masa Nabi :saw semasa baginda sedang berkhutbah kepada jemaah pada hari Jumaat, baginda berkata : Apakah kamu telah solat Ya Fulan? Dia menjawab : Tidak. Baginda berkata : Bangunlah dan lakukan solat 2 rakaat" [hadith sahih Riwayat al-Bukhaari #888, Muslim #875].

Setelah selesai solat Tahiyatul Masjid, hendaklah seseorang itu mendengar khutbah dengan penuh perhatian. WA.

wassalam.

خيرالأمين