SJ-05-0162 : Fatihah makmum vs bacaan surah lps fatihah Imam

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0162 : Fatihah makmum vs bacaan surah lps fatihah Imam

:salam

mengenai bacaan al-fatihah oleh makmum dlm solat jamaah.
Andai imam tersalah bacaannya / terlupa (surah selain al-fatihah), sejauh mana kewajipan makmum untuk membetulkan bacaan imam?
dan kadangkala makmum sibuk dgn bacaan al-fatihah lalu tak sedar imam membuat kesalahan dlm bacaan / terhenti bacaannya krn terlupa. atau makmum sedar, tapi tidak dpt membetulkan / membantu imam krn masih belum tamat bacaan al-fatihahnya.

bg yg memegang pendapat al-fatihah makmum ditanggung oleh imam, mgkn tiada masalah, tp bgmana pula bg individu yg memegang pndpt bhw imam x menanggung bacaan al-fatihah makmum? adakah dibolehkan makmum memberhentikan bacaan fatihahnya seketika utk membantu imam atau membiarkan shj kesilapan imam?

jkkk

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0162 : Fatihah makmum vs bacaan surah lps fatihah Imam

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan MissCadbury dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaalah.

Jika Imam tersilap baca ayat al-Quran selain daripada al-Fatihah, ulama' berpandangan bahawa jika kesilapan (Lahhn) itu tidak mengubah makna ayat tersebut, makmum tidak perlu memperbetulkan kesilapan tersebut. Walaubagaimanapun, makmum boleh menegur dengan harapan ia dapat mengingatkan Imam dan kembali kepada ayat tersebut. Teguran juga boleh di buat selepas solat didalam keadaan yang tidak memalukan Imam.

Jika kesilapan tersebut merubah maksud ayat, maka ketika itu makmum hendaklah memperbetulkannya (walaupun belum sempat menghabiskan al-Fatihah), kerana jika Imam tidak memperbetulkan bacaan tersebut, solat kemungkinan akan terbatal.Cuma Syeikh Utsaimin menyebut bahawa jika kesalahan tersebut tidak melibatkan bacaan al-Fatihah, berimam dengannya sahih, akan tetapi makruh (tidak di sukai) solatnya. [al-Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadi Mustqni', 2/135].

Sekian, wassalam

خيرالأمين