SJ-05-0207 : Tertambah/Terkurang rukun dalam solat.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0207 : Tertambah/Terkurang rukun dalam solat.

Apakah batas atau cakap orang putihnya to what extend, sesuatu perbuatan itu akan dianggap sebagai tertambah atau terkurang rukun dalam solat dan seterusnya harus dibuat sujud sahwi..?

Contohnya, semasa rakaat pertama selepas sujud kedua, sekiranya saya terbaca tahiyat awal sehingga rangkap pertama attahiya...tu lilla dan kemudian sedar kesilapan saya dan terus bangun sambung rakaat kedua, adakah perbuatan ini dianggap satu tambahan kepada rukun solat..?

Contoh ke2, sekiranya semasa rakaat kedua selepas sujud kedua, saya terus naik untuk rakaat ketiga tetapi sebelum berdiri tegak membaca Fatihah, saya sedar kesilapan saya dan terus duduk semula untuk tahiyat awal, adakah perbuatan ini dianggap satu tambahan/kurangan kepada rukun solat..?

Jazakallah.

SJ-05-0207 : Tertambah/Terkurang rukun dalam solat.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sodbaro dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bagi menjelaskan persoalan diatas, elok juga kita lihat kembali sebab-sebab Sujud Sahwi menurut Mazhab Syafie :-

a. Meninggalkan sebahagian dari sunat-sunat ab'ad, seperti bacaan tashahud awal. Sebagaimana juga dengan contoh ke 2 yang anda bawa diatas.

b. Berlaku keraguan didalam bilangan rakaat solat. Misalnya timbul keraguan mengenai samada sudah sampai rakaat ke 3 atau 4 didalam solat Zohor. Maka ambil bilangan yang kurang, di ikuti kemudiannya (sebelum salam) dengan sujud sahwi.

c. Melakukan perbuatan yang dilarang didalam solat dengan tidak sengaja atau menambah satu rakaat dalam keadaan terlupa. Misalnya berkata dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya didalam solat.

d. Melakukan perbuatan solat samada satu rukun yang sempurna atau sebahagiannya atau membaca ayat bukan pada tempatnya. Membaca zikir solat pada rukun yang berlainan, sepertimana contoh no: 1 yang anda paparkan. Atau membaca tashahud awal pada duduk diantara 2 sujud.

Sekian, wassalam

Sila lihat - Dr. Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji - 1. cet 4. Dar al-Qalam. ms 173 - 174.

خيرالأمين