Yang Tidak Disiar Di harakahdaily: Kesatuan Ulama Dunia Siar Berita NGO M'sia Kempen Boikot Barangan Iran

Primary tabs

Laman web rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia menyiarkan berita kempen boikot barangan Iran. Berita ini hampir pasti tidak akan disiarkan dalam harakahdaily.

Menurut web berkenaan, Gabungan Selamatkan Syria Malaysia melancarkan kempen memboikot barangan Iran dengan slogan "Boikot Kurma Iran!" Kempen ini dibuat kerana dokongan Tehran terhadap Kerajaan Syria.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia adalah kesatuan yang diketuai oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi. Dan antara anggota utama kesatuan ini ialah Syeikh Dr Salman Fahd al-Audah dan sejumlah nama-nama besar lainnya.

Sumber: iumsonline.org


 

Berikut ini adalah kenyataan dari gabungan berkenaan:

Kenapa boikot?

1. Pengisytiharan Hassan Nasrullah, Setiausaha Agung Hezbollah pada 25 Mei 2013 yang mengisytiharkan penglibatan mereka secara besar-besaran di Syria.

2. Resolusi Muktamar Ulama' Ummah pada Khamis, 4 Syaaban 1434H bersamaan 13 Jun 2013 yang dianjurkan oleh Ulama Ummah Muslimin yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Qaradhawi di Qaherah, Mesir telah menggariskan :

"Umat Islam digesa untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membela kanak-kanak Syria yang mati dibunuh di tangan Iran"

Tempoh boikot adalah sehingga Iran menghentikan sokongannya kepada Basyar Assad.

Ayuh! Bersolidariti untuk rakyat Syria. Kita punya pelbagai alternatif lain.

Terima kasih.

Demi Syria untuk Ummah!

Rujuk FB Malaysia Life Line for Syria

 

 


 

Berikut ini kenyataan media NGO berkenaan yang disiarkan di laman web IKRAM

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA | 20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434

KEMPEN BOIKOT KURMA IRAN

Kebangkitan Rakyat Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 telah bertukar menjadi salah satu medan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia yang dilakukan oleh rejim pemerintah Bashar Al-Assad . Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 93,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai  1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.

Pengisytiharan Hassan Nasrullah, Setiausaha Agung Hezbollah pada 25 Mei 2013 yang mengisytiharkan penglibatan Hezbollah secara besar-besaran di di Syria adalah satu perkara yang telah menukar lanskap krisis di Syria. Krisis ini menjadi lebih buruk dan meruncing dengan penglibatan Hezbollah dalam krisis di Syria dan kesannya kita telah dapat lihat sekarang seperti yang berlaku sekarang di Syria dan Lubnan.

Justeru, Iran tidak boleh menafikan penglibatan ini kerana sumber kekuatan tentera dan persenjataan Hezbollah adalah merupakan bantuan dan pembiayaan daripada Kerajaan Iran.

Oleh yang demikian, satu RESOLUSI MUKTAMAR ULAMA' UMMAH pada Khamis, 4 Syaaban 1434 Hijrah bersamaan 13 Jun 2013 yang dianjurkan oleh Ulama Ummah Muslimin yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Kaherah, Mesir telah menggariskan :

“Umat Islam digesa untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membela kanak-kanak Syria yang mati dibunuh di tangan Iran.”

Gabungan Selamatkan Syria dengan komitmen penuh ABIM, IKRAM, HALUAN, SYRIA CARE, Pemuda GEMA dan AQSA SYARIF menggesa Rakyat Malaysia yang prihatin dalam konflik Syria atas prinsip kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat dengan mengambil tindakan proaktif untuk memboikot KURMA IRAN dan PRODUK IRAN sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Adalah ditegaskan:

1. Kempen boikot ini tidak ditujukan kepada Syiah. Syiah tidak akan dihadapi dengan boikot tetapi dengan kempen kesedaran bagi mendedahkan siapa itu Syiah yang sebenar. Umat Islam wajib difahamkan tentang ajaran Syiah dan tipu daya mereka.

2. Boikot ini bukan ke atas Iran semata-mata, tetapi ia merupakan boikot ke atas tindakan kerajaan Iran yang membantu Bashar Assad. Tempoh boikot ini ialah sehingga Iran menghentikan sokongannya ke atas Bashar Assad. Boikot Iran secara total adalah tidak munasabah kerana kerajaan Malaysia masih lagi mempunyai hubungan diplomatik dan rakan dagang Iran. Kedudukannya adalah berbeza dengan Israel.

3. Tujuan boikot dinyatakan dengan jelas untuk membela rakyat Syria bukan ditujukan kepada Iran secara langsung. Ia adalah untuk menyatakan solidariti bersama rakyat Syria dan mengecam Iran kerana bersekongkol dengan Bashar Assad melakukan jenayah kemanusiaan ini.

4. Boikot kurma Iran adalah simbolik kepada boikot produk Iran. Kerana dengan memboikot kurma Iran, akan mendorong rakyat Malaysia menolak produk Iran di pasaran. Kurma juga dikaitkan dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang bagi memberi kesan dan impak yang maksimum pada saat ini.

Selamatkan Syria! Save Syria!

 

 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan