SJ-05-0220 : Kawasan solat di masjidil haram & masjid na

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0220 : Kawasan solat di masjidil haram & masjid na

Assalamu alaikum...

Panel al-ahkam.net yang dihormati,

Benarkah bahawa kita tak perlu menghalang seseorang dari melalui kawasan solat kita (ketika solat sunnat) ketika di masjidil haram dan masjid nabi? Lojiknya ialah terkumpulnya ribuan/jutaan manusia di dalamnya.

Jika benar, apakah lain2 perkara (secara ringkas) yang hanya dibenarkan di masjidil haram & masjid nabi, tetapi hukum di luar dari tempat tersebut berbeza?
(e.g saf makmum boleh di hadapan imam di masjidil haram)

Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0220 : Kawasan solat di masjidil haram & masjid na

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan shahnor77 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Dalil larangan melintasi dihadapan orang yang bersolat :-

áæ íÚáã ÇáãÇÑ Èíä íÏí ÇáãÕáí ãÇÐÇ Úáíå áßÇä Ãä íÞÝ ÃÑÈÚíä ÎíÑÇ áå ãä Ãä íãÑ Èíä íÏíå
dir="ltr">"Jika seseorang melintasi hadapan orang yang sedang bersolat, maka dia ketahui apa akan dia hadapi nanti, adalah lebih baik dia berdiri selama 40 (Abu al-Nadar menyebut aku tidak tahu samada 40 hari, atau bulan atau tahun) daripada dia melintasi hadapan mereka" [hadith Riwayat al-Bukhari #510, Muslim #507].

Kesemua ini berkenaan dengan hukum melintasi orang yang sedang solat bersendirian atau Imam yang sedang mengetuai solat. [al-Mughni 2/42, 2/46]. al-Bukhari menyebut bahawa sutrah Imam adalah sutrah orang dibelakangnya.

Pandangan yang dipilih oleh Ibn Utsaimin :-

æÇáÕÍíÍ ãä ÃÞæÇá Ãåá ÇáÚáã Ãä ãßÉ æÛíÑåÇ ÓæÇÁ áÚãæã ÇáÃÏáÉ ¡ æáÇ íæÌÏ ãÇ íÎÑÌ ãßÉ ãä åÐÇ ÇáÚãæã
dir="ltr">"Pandangan yang benar menurut ulama' adalah Makkah dan lain-lain tempat adalah sama sahaja jika dilihat pada makna umum dalil. Tidak wujud apa-apa sebab kenapa Makkah tidak termasuk didalam maksud umum ini" [al-Sharh al-Mumthi' 'ala Zaad al-Mustaqni', 3/342].

Syeikh al-Albani didalam Sifat Solat Nabi (point 24) pun berpendapat bahawa tidak ada bezanya di Makkah jika dibandingkan dengan masjid lain. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين