Tuan Guru Hj Salleh Penanti: Digelar Musnid Malaysia

Oleh allangkati.blogspot.com

Pada Tahun 2009 Penulis (Muhammad Husni Ginting ) berangkat umrah dengan para ahbab, umrah ini merupakan satu bahagian kegiatan dari Sahah Husofiyah al-Langkatiyah Mesir, DiMakkah saya sangat ingin bertemu dengan Syeikh Soleh, tetapi beliau tidak ada di Makkah, takdir Allah pun mempertemukannya di Penanti Pulau Pinang, sehingga saya merasa senang sekali dengan pertemuan tersebut.

Nama lengkap dan kelahiran.
Nama lengkap beliau adalah : al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaluddin bin Abdus Somad al-Kelantani al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki.

Beliau dilahirkan di Makkah Mukarromah pada tahun 1348 H, bertepatan tahun 1928 M, beliau di besarkan dilingkungan yang kuat dengan agama, dididik dengan ilmu dan adab, ayah beliau seorang ulama kelahiran Kelantan yang berhijrah ke Makkah untuk menuntut ilmu, dan kembali ke Malaysia menebarkan ilmu dan dakwah, kemudian mendirikan pondok pengajian di kampung Penanti Pulau Pinang, keilmuan beliau yang tinggi membuat penuntut ilmu berdatangan ke Penanti, bukan saja dari daerah Pulau Pinang, tetapi berdatangan dari negeri Perak, Kedah dan sekitar Malaysia, membuat pondok ini terkenal di bahagian utara Malaysia.

Pendidikkan dan pengajian.
Karena keinginan orang tuanya sangat kuat agar Syeikh Soleh menjadi seorang yang alim dan soleh, sehingga beliau di masukkan ke maktab islamiyah di Makkah sebagaimana biasanya anak-anak Mekkah pada masa itu, beliau belajar membaca al-Qur`an kepada ayahanda Syeikh Usman Jalaluddin dengan qira`at Hafsh dari riwayat Ashim, kemudian mempelajari kitab Matan al-Aagrumiyah dan menghapalnya, tidak hanya mempelajari  kitab-kitab kecil bahkan beliau mempelajari kitab-kitab besar.

Beliau memasuki bangku sekolah Solatiyah al-Hindiyyah yang sangat terkenal barkah dan unggul ketika itu, Dengan kerajianan dan kesungguhan beliau dalam meuntut ilmu dan mengaji sehingga beliau berhasil menamatkan sekolahnya pada tahun 1374 H.

Beliau tidak saja memusatkan perhatiannya terhadap pengajian di Madrasah Solatiyah bahkan beliau juga menyempatkan diri untuk mengikuti pengajian yang ada di Masjid Haram Makkah, diantara majlis yag beliau ikuti selalu adalah majis Syeikh Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, dan majlis Syeikh Hasan Muhammad Massaath al-Makki al-Maliki.

Guru-guru beliau
Beliau memiliki banyak guru, diantara guru-guru beliau adalah :
1 - Ayahanda beliau Syeikh Usman Jalaluddin bin Abdus Somad .
2 - Syeikh Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki.
3 - Syeikh Hasan Muhammad Massaath al-Makki al-Maliki.
4 -Syeikh Muhammad Soleh bin Idris al-Kelantani.
5 - Syeikh Muhammad Amin al-Kutubi.
6 - Syeikh Ibrahim bin Daud al-Fathoni.
7 - Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani al-Makki.
8 - Syeikh Zainuddin bin Abdullah al-Baweyani.
9 - Syeikh Abdullah Bin Said al-Lahji.
10 - Syeikh Zakaria bin Abdullah Bila.
11 - Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Mandili.
12 - Syeikh Husein bin Abdul Ghani al-Falimbani al-Indonesi.
13 - Syeikh Abdurrahi Idris al-Kelantani.
14 - Dan lain-lain.

Murid-Murid beliau
Murid beliau sangat banyak sekali baik dari Malaysia, Indonesia maupun Saudi Arabia, tidak terhitung banyaknya. hal ini perlu di teliti kembali sehingga dapat mengumpulkan nama-nama murid beliau dan orang yang pernah mendapatkan ijazah dari beliau.

Tetapi diantara orang-orang pernah mendapatkan ijazah darinya adalah :
1- Syeikh Mahmud Siraj al-Jawi.
2 - Ustaz Muhammad Zaidi bin Abdullah Shah Alam.
3 - Ustaz Mahfuz.
4- al-Faqir Muhammad Husni Ginting ( penulis biografi ini ).
5 - Ustaz Azham Azmi ( lulusan Bahasa Arab Azhar Syarif ).
6 - Dan lain-lain

Harap tolong sampaikan kepada kami siapa-siapa saja yang pernah ambil ijazah ammah dari beliau.

Pertemuan penulis dengan beliau.
Ketika bulan 11 Ramadhan 1430 H, penulis bertemu dengan Syeikh Soleh di pondok penanti ditemani  oleh Ustaz Azham Azmi, ketika sampai di rumahnya beliau langsung menanyakkan tentang buku karangan saya, kemudian saya berikan buku itu, beliau pun membaca buku tersebut satu persatu dengan teliti, sehingga beliau memuji hasil tulisan saya, kemudian beliau mengeluarkan tsabat dan ijazah, seterusnya memberikan ijazah khusus dan umum kepada saya tanpa saya minta kepadanya, ternyata beliau sudah ingin sekali jumpa dengan saya setelah ustaz Muhammad Zaidi memberi informasi akan kedatangan saya ke rumahnya.  

Gelar Musnid Malaysia
Saya menggelar beliau dengan Musnid Malaysia karena memiliki beberapa sebab :
1 - Beliau berkedudukan di Makkah dan selalu pulang ke tanah airnya Malaysia, sehingga beliau masih boleh disebut warga Malaysia.
2 - Tingginya sanad beliau merupakan salah satu penyebab mengapa saya gelar beliau Musnid Malaysia.
3 - Belum ada ulama Malaysia yang meriwayatkan hadis dari ayah kandungnya sendiri sebagaimana banyak terdapat di Arab dan Indonesia, Seperti Syeikh Alawi bin Abbas meriwayatkan hadis dari ayahnya Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki, dan Syeikh Ya`qub bin Abdul Qadir al-Mandili meriwayatkan hadis dari ayahandanya Syeikh Abdul Qadir bin Sobir al-Mandili.

Tetapi Syeikh Muhammad Soleh meriwayatkan dari ayahnya Syeikh Usman Jalaludin bin Abdus Somad.

4 - Banyaknya orang yang mengambil ijazah dari beliau baik dari Malaysia, Indonesia, dan Saudi Arabiyah.
5 - Banyaknya guru-guru beliau yang telah memberikan ijazah kepadanya.

Beliau meninggal dunia pada 6 Rabi`ul Awal 1433 H, di Makkah Mukarramah , dan dikuburkan di perkuburan Ma`la Makkah.

Cita-cita yang belum tercapaikan
Ketika penulis berjumpa dengan Syeikh Soleh beliau pernah mengungkapkan keinginannya untuk berkunjung ke Mesir dengan tujuan berjumpa dengan ulama-ulama yang ada di Mesir dan bertemu dengan pelajar agama serta menyebarkan ijazah ammah disana, tetapi setelah saya menunggu lama beliau juga tidak pernah datang sehingga wafatnya beliau, semoga Allah merahmatinya.

Rujukkan :
1 - Ghayatur Rusukh Fi Mu`jami Syuyukh oleh Muhammad Husni Ginting.
2 - Asanidul Jawiyiin oleh Muhammad Husni Ginting al-Langkati.
3 - A`lamu Syarqi Asia. oleh Muhammad Husni Ginting al-Langkati,
4 - Al-Mawahibu al-Ilahiyyah Fi Asanidi al-Aliyyah, oleh Syeikh Muhammad Soleh Fulfilani.

Sumber: http://allangkati.blogspot.com/2012/01/syeikh-muhammad-soleh-bin-usman.html