SJ-05-0256 : Perlukah Solat Witir Selepas Tarawikh?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0256 : Perlukah Solat Witir Selepas Tarawikh?

Asalamualaikum, Kalau saya sembahyang sunat terawih 8 rakaat, adakah saya perlu mengakhiri dengan sembahyang witir?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0256 : Perlukah Solat Witir Selepas Tarawikh?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Solat tarawih dan solat witir merupakan dua solat yang berlainan dan ia boleh dilakukan secara berasingan. Kedua-dua solat sunat ini merupakan solat sunat yang dibuat pada waktu malam. Solat tarawih dilakukan selapas Isya' dan Solat witir waktunya dari Isya' sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Nabi :saw bersabda :-

Åä Çááå ÒÇÏßã ÕáÇÉ ¡ æåí ÇáæÊÑ ¡ ÝÕáæåÇ Èíä ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ Åáì ÕáÇÉ ÇáÝÌÑ
dir="ltr">"Allah telah menambah satu lagi solat kepada kamu, iaitu witir, maka solatlah ia diantara Solat Isya' dan Solat Subuh" [Hadith sanadnya Sahih dari Silsilah al-Sahihah #108]

Solat tarawih hanya pada bulan Ramadhan sahaja, dan solat Witir boleh dilakukan setiap hari dan ia merupakan solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan Rasulllah :saw walaupun baginda bermusafir. Solat Witir dianggap sebagap penamat bagi semua solat-solat sunat. Sabda Nabi :saw :-

ÇÌúÚóáõæÇ ÂÎöÑó ÕóáóÇÊößõãú ÈöÇááøóíúáö æöÊúÑðÇ
dir="ltr">"Jadikanlah solat terakhir pada malam sebagai solat witir" [Hadith riwayat al-Bukhari #998, Muslim #751].
-------------

Kedua2 solat sunat ini TIDAK wajib hukumnya, akan tetapi ganjaran mengerjakan solat ini pada bulan Ramadhan amat tinggi sekali nilainya. Nabi :saw bersabda :-

ãä ÞÇã ÑãÖÇä ÅíãÇäÇð æÇÍÊÓÇÈÇð ÛÝÑ áå ãÇ ÊÞÏã ãä ÐäÈå
dir="ltr">"Barangsiapa yang bersolatdi malam Ramadhan dengan penuh keImanan dan pengharapan, maka dosa-dosa yang lalu akan diampunkan" [Hadith Riwayat al-Bukhari #2009].

Kesimpulannya, jika tidak melakukan solat witir tidak mencacatkan solat tarawih anda. Akan tetapi, rebutlah peluang pada bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan solat-solat sunat, termasuklah solat Witir. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين