SJ-05-0357 : Makanan dlm mulut masa solat, susah dikeluarkan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0357 : Makanan dlm mulut masa solat, susah dikeluarkan

:salam

Situasi satu;
Saya ada problem makanan selalu terselit celah gigi. Time solat kadang-kadang tak perasan. Dah nak masuk waktu lain baru perasan ada makanan terselit. Jadi kena ulang balik tak solat sebelum ni, dah tentu waktu solat akan telan air liur yang bercampur dengan makanan, samada terasa makanan atau tidak.

Situasi kedua, perasan ada makanan terselit celah gigi, memang rasala makanan time solat, nak tahan telan air liur dah tentu payah sebab baca bacaan dalam solat.

Susah nak keluarkan. Biasanya saya akan gosok gigi sebelum solat supaya rasa makanan/makanan terselit akan turut keluar. Guna toothpick pun belum tentu. Adakah dikira rukhsah kerana makanan tersebut payah nak keluar(daging terselit,etc memang payah sikit sebab gigi berjarak-jarak).

SJ-05-0357 : Makanan dlm mulut masa solat, susah dikeluarkan

Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Kedua-dua situasi tersebut menjelaskan dia bukan sengaja hendak menelan air liurnya, maka itu tidak membatalkan solatnya.

Ini seperti yang disebut oleh Imam Nawawi:

æÇä ßÇä Èíä ÇÓäÇäå ÔÆ ÝÇÈÊáÚå ÚãÏÇ Ãæ äÒáÊ ãä ÑÃÓå ÝÇÈÊáÚåÇ ÚãÏÇ ÈØáÊ ÕáÇÊå ÈáÇ ÎáÇÝ ÝÇä ÇÈÊáÚ ÔíÆÇ ãÛáæÈÇ ÈÇä ÌÑì ÇáÑíÞ ÈÈÇÞì ÇáØÚÇã ÈÛíÑ ÊÚãÏ ãäå Ãæ äÒáÊ ÇáäÎÇãÉ æáã íãßäå ÇãÓÇßåÇ áã ÊÈØá ÕáÇÊå ÈÇáÇÊÝÇÞ

Ringkasnya: Solat akan terbatal jika menelan makanan yang terselit di celah gigi dengan sengaja. Dan tidak terbatal jika bukan sengaja hendak menelan air liur yang bercampur dengan lebihan makanan. (al-Majmuk:4/90)

Wallahu a3lam