Kami solat di surau di pejabat yang agak kecil. Apabila Imam habis, ada 4 orang dibelakang yg bangun kembali utk sempurnakan solat. Ada seorang jemaah yg lambat menepuk(mengisyarat) makmum yg paling kanan untuk menjadi imam. Kemudian dari itu ada seorang lagi jemaah datang, disebabkan tempat di kanan sempit untuk menyertai makmum baru tadi, beliau telah menepuk makmum(asal) yg paling kiri untuk menjadi imam. Bolehkan perkara ini berlaku? Bolehkan 2 imam dalam satu surau?
Sumber Rujukan Islam Anda..
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Kewujudan dua jemaah dalam satu surau adalah satu perkara yang tidak elok dari sudut syarak, kerana ia tanda perpecahan. Dalam kes yang anda sebut, sepatutnya orang yang datang kemudian hanya mengikut imam yang sudah ada, dan tidak membuat jemaah lain. Kesempitan tempat tidak dilihat sebagai alasan. Kerana, dia boleh menunggu selesai jemaah tersebut, dan membuat jemaah lain selepas itu.
Tetapi, jika berlaku dua jemaah solat, ia tidak menjejaskan sahnya solat. Orang yang datang lebih lewat dan mendapati ada dua jemaah, hendaklah memilih jemaah yang paling baik, samada dari sudut imam yang lebih aula, ataupun dari sudut jemaah yang lebih ramai. Kerana sabit dalam hadis tentang kelebihan jemaah yang lebih ramai.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com